Advertisements

Akaun Hong Leong Bank: Cara Buka & Syarat Terkini (2023)

CARA BUKA AKAUN BANK HONG LEONG ONLINE & SYARAT-SYARATNYA

Nak buka akaun Hong Leong Bank (HLB) pada zaman sekarang bukan lagi sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Dengan kecanggihan teknologi, pembukaan akaun bank pada saat ini semuanya boleh dilakukan di hujung jari, pada bila-bila masa.

Untuk mengetahui bagaimana pembukaan akaun bank bersama HLB ini dapat dilakukan, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Kaedah Pembukaan Akaun HLB Secara Online

Pembukaan akaun HLB, pada zaman sekarang sangatlah mudah untuk dilakukan, kerana semuanya sudah boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja.

Pengguna tidak perlu lagi untuk beratur panjang, membazir waktu dan tenaga mereka untuk membuka akaun semuanya sudah boleh dilakukan melalui aplikasi Apply@HLB mengikut kesesuaian peranti pilihan anda:

akaun hong leong

Cara Pembukaan Akaun HLB menggunakan Apply@HLB

Setelah memuat turun aplikasi Apply@HLB barulah mudah untuk anda membuka akaun secara atas talian.

Cara pembukaan akaun Hong Leong Bank adalah seperti berikut:

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon anda.

2. Imbas Kad Pengenalan anda dan ambil swafoto.

3. Isikan butiran yang diminta di ruang yang disediakan.

Akaun hong leong

4. Cipta profil Perbankan Dalam Talian HLB Connect anda.

5. Masukkan deposit pertama anda daripada akaun bank anda yang lain

*Nota: Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun bank yang lain, anda boleh membayar deposit dengan membuat temu janji bersama pegawai Hong Leong Bank di sini atau anda boleh ke cawangan HLB terdekat.

*Nota: Anda akan menerima kad debit anda dalam tempoh 14 hari selepas berjaya membuat deposit ke dalam akaun baharu, melalui pos di alamat yang anda letakkan dalam permohonan anda.

HLB

Syarat dan Manfaat Akaun Hong Leong Bank

Dibawah merupakan syarat kelayakan membuka akaun HLB:

  • Berusia 18 Tahun dan ke atas
  • Minimum RM200 untuk membuka akaun.
  • Pemegang akaun sama ada nama tunggal atau nama bersama.
  • Individu, persatuan, kelab dan pertubuhan boleh memohon.

Manfaat:

HOng leong bank

Maklumat Lanjut Hong Leong Bank

Jika ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan Akaun Hong Leong Bank, anda boleh mendapatkannya di Portal Rasmi HLB atau boleh terus ke  cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab melalui :

  • Pusat Hubungan Pelanggan: 03 7626 8899
  • Emel [email protected]
  • Faks : +603-20818927
  • Alamat surat menyurat: Customer Advocacy 13A Floor, Menara Hong Leong, No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Baca juga cara pembukaan akaun Tabung Haji di sini: Akaun Tabung Haji: Kaedah Buka Akaun Atas Talian (Online)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.