Contoh Aktiviti Sambutan Maulidur Rasul Di Sekolah
Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dengan melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mengingatkan kita kepada jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan nabi dan rasul terakhir dalam agama Islam.
Sambutan Maulidur Rasul ini akan dijalankan setiap tahun pada hari ke 12 bulan Rabiulawal tahun Hijrah, dengan menjalankan beberapa acara seperti perarakan, ceramah agama dan sebagainya.
Berikut merupakan maklumat berkenaan hari keputeraan baginda yang lebih terperinci dan aktiviti yang boleh anda laksanakan bagi meraikan hari kelahiran Rasulullah S.A.W. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hari penting ini.
Apa itu Maulidur Rasul?
Maulidur Rasul merupakan perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud kelahiran Rasul. Oleh itu, apabila meraikan Maulidur Rasul, umat Islam sedang meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad.
Hari kelahiran baginda telah jatuh pada hari ke-12 Rabiulawal bulan ketiga tahun Hijrah iaitu bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. bagi umat Islam.
Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya bagi mengingati pengorbanan dan perjuangan baginda kepada umatnya.
Baca juga: Aktiviti Mewarna Sempena Maulidur Rasul 2023 & Contoh Gambar
Tujuan Aktiviti Sambutan Maulidur Rasul Di Sekolah
Berikut merupakan tujuan utama umat Islam di seluruh dunia menyambut atau meraikan Maulidur Rasul dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut:
- Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
- Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
- Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
- Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
- Beribadah dan mentaati Allah SWT.
- Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
- Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
- Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
- Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
Contoh Aktiviti Sempena Maulidur Rasul Di Sekolah
Berikut merukapan antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh umat Islam sewaktu sambutan Maulidur Rasul:
1. Aktiviti Perarakan
Antara aktiviti paling popular sempena Maulidur Rasul adalah perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perarakan ini dilakukan daripada peringkat tadika sehingga ke peringkat dewasa.
Perarakan ini selalunya dilakukan sambil memperagakan baju kebangsaan seperti baju Melayu dan baju kurung, dan perarakan tersebut akan diiringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beramai-ramai.
Melalui selawat dan perarakan yang dilakukan ini, ia mampu mengimarahkan semangat cintakan Nabi dalam kalangan individu-individu yang menyertai perarakan tersebut.
2. Forum Perdana/Ceramah Agama/Kuliah
Selain perarakan, sambutan hari Maulidur Rasul ini tidak lengkap rasanya jika tiada aktiviti atau majlis forum perdana, kuliah atau ceramah khusus bertemakan Maulidur Rasul itu sendiri.
Selalunya kuliah dan ceramah yang dilakukan sempena Maulidur Rasul ini berkisarkan topik-topik Sirah Nabawi dan segalanya tentang junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi memperingati nabi Muhammad S.A.W itu sendiri.
Berikut merupakan antara cerama agama yang telah dijalankan pada sambutan Maulidur Rasul yang lepas dan yang bakal dijalankan:
3. Kuiz Agama
Pertandingan kuiz merupakana antara aktiviti yang juga kerap dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi menguji pengetahuan para pelajar berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW.
Pertandingan kuiz ini secara tidak langsung mendorong para pelajar untuk banyakkan membawa tentang sirah Nabi Muhammad, seterusnya memupuk kecintaan terhadap Nabi kita.
Bagi anda yang ingin mempelajari tentang sirah nabi bagi menyertai kuiz agama yang akan dijalankan boleh membelinya buku Ensiklopedia Sirah Kekasihku Nabi Muhammad SAW
4. Pertandingan Mewarna Dan Bercerita
Aktiviti terakhir yang kami cadangkan ini merupakan aktiviti yang tertumpu kepada golongan kanak-kanak, terutama bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Melalui aktiviti ini kita dapat mengajar dan mengenalkan Nabi Muhammad S.A.W. kepada mereka dan dalam masa yang sama mengasah bakat mereka sama ada bakat mewarna ataupun bakat bercerita.