Advertisements

PSRA 2023: Jadual Peperiksaan Sekolah Rendah Agama

TARIKH DAN JADUAL WAKTU PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2023 TELAHPUN DIUMUMKAN.

Bagi Ibubapa yang mempunya anak-anak dalam tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor, tahukah anda bahawa anak-anak anda bakal menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama pada bulan Oktober ini.

Jika anda tidak tahu menahu tentang apa itu Penilaian Sekolah Rendah Agama pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung, dan bagi anda yang sudah tahu apa itu PSRA, teruskan membaca untuk mengetahui jadual peperiksaan bagi tahun 2023 ini.

Apa itu Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)?

PSRA merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam, yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor.

Peperiksaan ini di jalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFAI di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya. Sijil ini merupakan antara dokumen penting yang diperlukan untuk pelajar melakukan permohonan bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama dibawah kelolaan kerajaan negeri Selangor.

Tarikh PSRA 2023

Pada tahun 2023 ini, PSRA akan dilangsungkan pada bulan Oktober iaitu bermula dengan matapelajaran sirah dan akhlak pada 9 Oktober 2023 (Isnin) dan diakhiri dengan mata pelajaran Jawi, Imlak dan Khat pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).

Sebagai persediaan menghadapi PSRA ini ibu bapa boleh menyediakan alat tulis sekolah yang lengkap dan bersesuaian agar pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan lancar.

Skop & Bidang

Skop matapelajaran yang terlibat dalam PSRA ini bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6, dan berikut merupakan bidang yang bakal dinilai dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama:

1) Al-Quran dan hafazan
2) akhlak/sirah
3) tajwid
4) tauhid/feqah
5) bahasa arab
6) jawi,imlak dan khat

Format Pemarkahan

Bagi anda yang mempunyai anak yang bakal mengambil ujian PSRA ini, berikut merupakan penilaian dari segi pemarkahan dalam setiap subjek berdasarkan pangkat:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Berikut merupakan contoh keputusan yang bakal diperoleh pelajar yang telah mengambil PSRA:

PSRA
Sumber: hanimhashim.com

Jadual PSRA 2023

Bagi tahun 2023 ini PSRA akan bermula pada 9 Oktober 2023 bersamaan dengan 23 Rabiulawal 1445H dan akan berakhir pada 13 Oktober 2023 iaitu bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1445H.

Berikut merupakan jadual terperinci bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama 2023 ini:

  • 9 Oktober 2023 (Isnin)
    • Subjek : Akhlak dan Sirah
    • Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
  • 10 Oktober 2023 (Selasa)
    • Subjek : Bahasa Arab
    • Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
  • 11 Oktober 2023 (Rabu)
    • Subjek : Tauhid dan Feqah
    • Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
  • 12 Oktober 2023 (Khamis)
  • Subjek : Tajwid
  • Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)
  • 13 Oktober 2023 (Jumaat)
    • Subjek : Jawi, Imlak dan Khat
    • Masa : 2:40 p.m – 4.25 p.m (1 Jam 45 Minit)

Anda juga boleh memuat turun jadual yang disediakan oleh pihak JAIS dibawah sebagai persiapan menghadapi PSRA nanti:

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan PSRA ini anda boleh ke Portal Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.