PERHATIAN: PERMOHONAN DPLI UKM EKSEKUTIF BAGI PENGAMBILAN FEBRUARI 2024 TELAH PUN DIBUKA.
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah merupakan satu program pendidikan yang dihasilkan bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan ijazah dari program selain program pendidikan untuk menjadi seorang guru.
Program DPLI yang ditawarkan di UKM ini merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah dengan jadual mengikut masa yang fleksibel.
Bagi anda yang berminat dengan program ini, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui bagaimana cara melakukan permohonan dan syarat-syarat yang perlu anda penuhi.
Apakah DPLI UKM?
Program DPLI UKM ini merupakan salah satu sijil sebagai lesen untuk mengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta yang dijalankan pada waktu cuti sekolah selama 1 tahun 6 bulan.
Peluang melanjutkan pendidikan dalam program ini bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) ini telah dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.
Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarakan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).
Kelebihan Program DPLI UKM
Berikut merupakan sebab kenapa anda perlu memilih UKM bagi melakukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini:
- Yuran Pengajian berpatutan
- Dijalankan semasa cuti persekolahan
- Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
- Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
- Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi DPLI Eksekutif UKM Mod Cuti Sekolah ambilan Februari 2024 telah pun dibuka sehingga 1 Januari 2024 tahun hadapan.
Syarat Permohonan DPLI UKM
Bagi anda yang ingin melakukan permohonan DPLI UKM ini pastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak:
- Terbuka kepada semua pemegang Ijazah Sarjana Muda
- Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
- Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
- Ujian MEdSI akan dijalankan pada Semester Kedua.
- Tiada had umur permohonan.
Kaedah Permohonan
Bagi anda yang berminat anda boleh melakukan permohonan dengan cara berikut:
- Layari pautan https://tinyurl.com/pendaftaranDPLIUKM2024.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Baca juga: Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025
Kos Pembelajaran
Secara keseluruhan pelajar yang mengambil DPLI Eksekutif bersama UKM ini perlu membayar RM10,200 bagi tempoh pelajaran selama 1 tahun 6 bulan, dan kos tersebut akan dipecahkan mengikut semester seperti berikut:
- SEMESTER 1 (RM 3500)
- Bayaran Pertama : RM 1500 Sebelum 7 Februari 2024
- Bayaran Kedua : RM 1000 Sebelum 25 Mac 2024
- Bayaran Ketiga : RM 1000 Sebelum 25 April 2024
- SEMESTER 2 (RM 3500)
- Bayaran Pertama : RM 1500 Sebelum 25 Ogos 2024
- Bayaran Kedua : RM 1000 Sebelum 25 September 2024
- Bayaran Ketiga : RM 1000 Sebelum 25 Oktober 2024
- SEMESTER 3 (RM 3200)
- Bayaran Pertama : RM 1200 Sebelum 25 Mac 2025.
- Bayaran Kedua : RM 1000 Sebelum 25 April 2025.
- Bayaran Ketiga : RM 1000 Sebelum 25 Mei 2025.
Strukur Pengajian
Berikut merupakan struktur pengajian yang bakal dilalui pelajar yang menyambung pelajaran dalam program DPLI di UKM ini:
Takwim Kuliah DPLI UKM
Berikut merupakan takwim kuliah anda, jika anda mendapat tempat bagi pengambilan Februari 2024 ini:
Jika anda telah terpilih untuk mengikut program ini, anda boleh membeli buku PANDUAN ILMU PENDIDIKAN UNTUK DPLI FALSAFAH DAN ETIKA untuk anda jadikan rujukan sewaktu menyambung pelajaran nanti.
Maklumat Lanjut
Jika anda menginginkan maklumat tambahan berkenaan DPLI UKM ini anda boleh layari portal rasmi Koperasi Siswazah Bangi Berhad atau hubungi:
- Cik Nik Nurzuhayra: +6011-60809134
- Cik Nurul Syazwani : +6014-9887114
- Puan Nabilah : +6011-28032115