Advertisements

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025

Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025

Bagi ibu bapa yang telah melakukan pendaftaran kemasukan ke darjah 1 bagi sesi 2024/2025 pada bulan Mei yang lepas, anda boleh melakukan semakan penempatan murid bermula 1 Oktober 2023 ini.

Pastikan anda tidak terlepas tarikh penting ini dan cetak surat penempatan yang diberikan kerana anda perlu membawanya sewaktu pendaftaran pada bulan Februari nanti.

Semakan tersebut boleh dilakukan melalui sistem idME, iaitu sistem yang sama sewaktu melakukan pendaftaran pada Mei lepas. Berikut kami kongsikan cara membuat semakan penempatan dan contoh surat yang bakal diperoleh.

Tarikh-Tarikh Penting Pemdaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Bagi ibu bapa yang telah melakukan pendaftaran pada bulan Mei yang lepas, berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda tahu bagi memastikan anak anda mempunyai tempat di tahun 1 sesi 2024/2025:

  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2023
  • Tempoh rayuan : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023
  • Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 30 Oktober 2023
  • Tarikh keputusan rayuan : Akan dikemasikini selepas tempoh rayuan tamat.

Kaedah Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025

Bagi ibu bapa yang ingin melakukan semakan penempatan murid tahun 1 sesi 2024/2025 anda boleh melakukan secara berikut:

  1. Layari laman rasmi idME.
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.

NOTA: Pastikan anda mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.

Berikut merupakan contoh surat tawaran penempatan Tahun 1:

surat-penempatan-tahun-1-728x1024-1

Bagi ibu bapa yang telah berjaya mendapat tempat yang diinginkan anda sudah boleh membeli pakaian sekolah dan peralatan sekolah sebagai persediaan awal.

Permohonan Rayuan

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan rayuan selepas gagal dalam semakan penempatan murid tahun 1 sesi 2024/2025 anda boleh melakukan rayuan dengan cara berikut:

  1. Permohonan rayuan penempatan hanya dibuat secara atas talian melalui sistem sahaja dan TIADA proses rayuan manual.
  2. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang Rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan rayuan adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan rayuan perlu DICETAK dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan pendaftaran ke sekolah bila diperlukan nanti.

Maklumat Lanjut

Bagi ibu bapa yang mempunyai persoalan atau masalah dalam melakukan semakan penempatan murid tahun 1 2024/2025 ini anda boleh menghubungi nombor telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak Tuan/Puan yang boleh diperolehi melalui pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0.

Baca juga: Login Sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 (idMe)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.