Tahukah anda, apabila anda membuka akaun bersama bank, pihak bank termasuk Maybank akan meletakkan had atau limit pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pengguna mereka dalam tempoh satu hari.
Antara bank yang melakukan perkara ini adalah Maybank Sdn Bhd. Perkara ini dilakukan bagi menjamin keselematan pengguna agar pengeluaran wang daripada akaun tidak dapat dilakukan dengan jumlah yang banyak oleh pencuri atau scammer.
Disini kami akan ajarkan kepada anda cara merubah limit had pengeluaran anda melalui portal Maybank2u. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung bagi mengetahui lebih lagi.
Apa itu Maybank2u?
Pada tahun 2000, Maybank tampil sebagai bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet (online banking), yang diberi nama Maybank2u.com.
Pengahasilan perbankan internet yang dihasilkan Maybank ini mencetus kejayaan dalam bidang teknologi yang membolehkan pelanggan mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan secara atas talian
Antara perkara yang boleh dilakukan melalui portal Maybank2u ini ialah:
- Pindahan wang ke akaun pihak ketiga
- Pembayaran bil
- Periksa baki akaun semasa dan akaun simpanan
- Mengubah limit setting transaksi
Had limit Maybank2u
Secara amnya, had limit pengeluaran atau pemindahan wang di akaun Maybank ini telah ditetapkan oleh pihak bank seperti di bawah:
- Pindahan wang ke akaun pihak ketiga : RM3,000
- Pindahan wang antara Bank GIRO : RM3,000
- Pindahan wang antara bank Segera : RM3,000
- Pindahan Telegrafik Asing : RM10,000
- Pindahan DuitNow : RM3,000
Namun begitu, sebagai pengguna Maybank, anda boleh melakukan pengubahan had pengeluaran atau pemindahan wang ini melalui portal rasmi Maybank2u dengan cara di bawah.
Cara Limit Setting Melalui Portal Maybank2u
Bagi anda yang ingin mengubah had limit transaksi anda melalui laman web Maybank2u anda boleh melakukannya dengan cara berikut:
- Layari laman Maybank2u
- Log masuk ke akaun anda
- Pada bahagian menu atas laman tersebut, klik pada Settings
- Klik Pay & Transfer
- Klik Transfer Limit
- Klik pada ikon pensel untuk menukar had transaksi.
- Klik butang Save Changes dan sahkan menggunakan nombor TAC yang diperoleh.
- Klik butang Confirm dan sekarang had transaksi anda telah berubah.
Tonton video di bawah bagi panduan penukaran limit transaksi yang lebih jelas.
Anda boleh memilih untuk membuat penukaran limit untuk kesemua kategori transaksi atau kategori tertentu sahaja seperti yang diingini.
Jika anda ingin mengajar anak-anak anda untuk mula menyimpan, anda boleh membeli tabung menarik di sini, bagi meningkatkan semangat mereka.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang penukaran had limit ini, anda boleh hubungi Maybank customer service di talian 1300-88-6688, atau anda boleh terus ke portal Maybank2u.com untuk mengetahui lebih lagi.
Baca juga: Kad Kredit Maybank : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan