Kad kredit Maybank merupakan antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Maybank Sdn. Bhd. buat pelanggan mereka bagi memudahkan urusan pembelian barangan atau sesuatu perkhidmatan.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara bagaimana anda boleh memperoleh kad kredit ini dan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lanjut.
Apa itu Kad Kredit?
Kad kredit adalah sejenis bayaran ansuran yang dikeluarkan oleh pihak bank atau institusi kewangan bagi membolehkan pengguna membeli barang atau perkhidmatan terlebih dahulu tanpa menggunakan wang.
Namun begitu, berbeza dengan kad debit yang menggunakan wang pengguna sendiri, kad kredit adalah duit yang diberikan oleh pihak bank atau institusi kewangan tersebut. Oleh itu, pengguna harus membayar balik duit yang digunakan.
Setiap bulan, setiap transaksi pembelian pengguna akan dijumlahkan ke dalam penyata bulanan kad kredit dan biasanya pengguna perlu membayar bil kad kredit mereka pada setiap hujung belum, selepas 20 hari tarikh bil dikeluarkan mengikuti syarat bank atau insitusi kewangan mereka,
Ada banyak jenis kad kredit yang menawarkan manfaat seperti kad kredit tanpa yuran tahunan (annual fees), rebat tunai (cashback), ganjaran melancong, kad kredit Islamik dan banyak lagi.
Kad Kredit Maybank
Kad kredit Maybank merupakan antara kad kredit yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Hal ini mungkin kerana, jenis kad kredit dan manfaatnya yang pelbagai menyebabkan pengguna lebih tertarik untuk menggunakan kad kredit daripada Maybank ini.
Berikut merupakan jenis kad kredit Maybank yang boleh anda ambil berdasarkan pendapatan tahunan anda:
Jenis Kad | Pendapatan Tahun Pengguna |
---|---|
Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express | RM100,000 |
Maybank Visa Infinite | RM100,000 |
Maybank Manchester United Visa Infinite | RM100,000 |
Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i | RM100,000 |
Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan | RM100,000 |
Maybank World Mastercard | RM100,000 |
Maybank Visa Signature | RM70,000 |
American Express Platinum Credit Card | RM60,000 |
Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum Credit Card | RM60,000 |
Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum Credit Card-i | RM60,000 |
Maybank PETRONAS Visa Platinum | RM60,000 |
Maybank 2 Platinum Cards | RM60,000 |
Maybank Mastercard Platinum | RM60,000 |
Maybank Mastercard Platinum | RM60,000 |
Maybank FC Barcelona Visa Signature | RM48,000 |
Maybank Islamic Ikhwan Mastercard Platinum Credit Card-i | RM40,000 |
Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Credit Card-i | RM40,000 |
Maybank myimpact Visa Signature Credit Card | RM40,000 |
Maybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum Credit Card-i | RM36,000 |
Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold Credit Card | RM36,000 |
Maybank Mastercard Gold | RM30,000 |
Maybank Visa Gold | RM30,000 |
Maybank Islamic Ikhwan Visa Gold Credit Card-i | RM30,000 |
Maybank PETRONAS Visa Gold | RM30,000 |
American Express® Gold Credit Card | RM30,000 |
Maybank Manchester United Visa Card | RM30,000 |
American Express Cash Back Gold Credit Card | RM30,000 |
Maybank 2 Gold Cards | RM30,000 |
Maybank Visa Classic | RM30,000 |
Maybank Mastercard Classic | RM30,000 |
Maybank Islamic Ikhwan Mastercard Gold Credit Card-i | RM24,000 |
Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card | RM24,000 |
Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card | RM24,000 |
*NOTA: Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan Kad Kredit Maybank ini anda boleh ke portal rasmi Maybank2U.
Dengan kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card anda boleh mendapatkan promosi sepanjang tahun apabila anda melakukan pembelian di Shopee.
Syarat Kelayakan
Bagi anda yang ingin memohon mendapatkan kad kredit Maybank anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- Pemohon mesti berumur 21 tahun ke atas (menjadi Ahli Kad Utama) dan berusia 18 tahun ke atas (menjadi Ahli Kad Tambahan)
- Had umur pemohon adalah 65 tahun ke bawah.
- Salinan Kad Pengenalan atau pasport, termasuk pemohon tambahan.
- Borang BE terkini serta resit cukai rasmi/penyata gaji 3 bulan/Penyata KWSP terkini.
- Transaksi akaun simpanan/penyata akaun semasa 6 bulan terkini.
- Untuk yang Bekerja Sendiri-salinan Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank 6 bulan terakhir.
- Untuk Pekerja Asing-Surat daripada majikan mengesahkan tempoh kontrak pekerjaan di Malaysia. Pemohon mestilah merupakan pemegang akaun Maybank.
- Untuk Graduan-Salinan Ijazah/Kelayakan Profesional dan surat tawaran kerja atau penyata gaji 3 bulan.
Cara Permohonan Kad Kredit Maybank
Permohonan kad kredit bank ini boleh dilakukan melalui Maybank2u dengan cara berikut:
- Log masuk ke dalam portal Maybank2u
- Tekan butang “Apply Product Online” di bahagian atas portal.
- Tekan pada butang “Card Credit” dan lakukan pilihan kad kredit yang diinginkan.
- Isikan maklumat yang diminta dan tekan butang “Confirm”
- Muat naik dokumen yang diminta.
- Status permohonan anda akan diberikan dalam tempoh 1 hingga 3 hari selepas permohonan dilakukan.
Buat individu yang bukan pengguna Maybank2u anda boleh melakukan permohonan dengan cara berikut:
- Pergi ke laman rasmi Maybank2u.
- Pergi ke bahagian bawah portal dan pilih Maybank Cards
- Lakukan pemilihan kad.
- Isikan maklumat yang diminta dan tekan butang “Confirm”
- Muat naik dokumen yang diminta.
- Status permohonan anda akan diberikan dalam tempoh 1 hingga 3 hari selepas permohonan dilakukan
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan kad kredit Maybank ini secara lebih terperinci anda boleh mendapatkannya di portal rasmi Maybank2u.
Baca juga: Cara Limit Setting Akaun Maybank Melalui Portal Maybank2u