Advertisements

Sukan Asia 2023: Aksi LIVE Atlet Malaysia

Sukan Asia 2023 (ASIAD) bakal berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023 ini, di Hangzhou, China.

Temasya sukan ASIAD ke-19 ini merupakan sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia dan pada tahun ini ia akan dijalankan pada 23 Semptember sehingga 8 Oktober 2023.

Pada awalnya, acara sukan ini bakal dilakukan pada tahun lepas, namun akibat peningkatan jumlah kes Covid-19 di China, yang merupakan tuan rumah ASIAD ke-19, ia terpaksa ditunda sehingga bulan September tahun 2023.

Berikut merupakan maklumat berkenaan acara ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Sukan Asia (ASIAD) 2023 – Acara Yang Dipertandingkan

Terdapat 40 acara sukan yang bakal dipertandingkan pada ASIAD ke-19 ini, 24 daripadanya adalah sukan kompetitif, 18 sukan bola, 10 sukan air dan 9 seni mempertahankan diri.

Berikut merupakan senarai 40 acara yang bakal dipertandingkan :

  • Akuatik
  • Angkat berat
  • Memanah
  • Badminton
  • Besbol
  • Bola baling
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Catur
  • Bina badan
  • Ekuestrian
  • Golf
  • Gimnastik
  • Gusti
  • Billiard & Snuker
  • Hoki padang
  • Judo
  • Kabaddi
  • Kanu & Kayak
  • Karate-do
  • Lawan pedang
  • Lumba basikal
  • Mendayung
  • Menembak
  • Olahraga
  • Sofbol
  • Soft tenis
  • Perahu layar
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak takraw
  • Skuasy
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Tenpin boling
  • Tinju
  • Triatlon
  • Wushu

Tarikh Kejohanan

Pada awalnya acara sukan ini bakal dilangsungkan pada 10 hingga 25 September 2022, namun di sebabkan peningkatan kes Covid-19 di China, pihak Olympic Council of Asia (OCA) telah membuat keputusan untuk menunda acara ini, kepada tarikh baru iaitu pada 23 September sehingga 8 Oktober 2023.

Lokasi Sukan Asia 2023

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, acara sukan ini bagi tahun 2023 bakal di jalankan di Huangzhou, China, dan berikut merupakan antara bandar yang telah dipilih untuk menjadi lokasi kejohonan sukan ini:

  • Huangzhou
  • Ningbo
  • Wenzhou
  • Huzhou
  • Shaoxing
  • Jinhua
Sukan-Asia-2023

Negara Terlibat

Sebanyak 45 negara yang akan menyertai Sukan Asia 2023 ini. Berikut merupakan senarai negara tersebut:

Malaysia Di Sukan Asia 2023

Bagi ASIAD ke-19 ini, negara kita, Malaysia bakal menghantar 294 orang atlet bagi bersaing dalam 143 acara bagi 22 jenis sukan daripada 40 jenis sukan yang akan dipertandingkan.

Pada temasya Sukan Asia edisi ke-19 ini, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya hanya menyasarkan sebanyak 27 pingat tanpa mengira warna secara kutipan keseluruhannya.

Keputusan ini diambil bagi memastikan atlet yang mewakili Malaysia pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China edisi ke-19 tidak berdepan dengan sebarang tekanan yang berpotensi menggugat misi memburu pingat yang diinginkan.

Berikut merupakan senarai acara dan sukan yang bakal disertai atlet Malaysia:

Sukan asia 2023
Sukan asia 2023
Sukan asia 2023
Sukan asia 2023
Sukan asia 2023
Sukan asia 2023

Siaran Langsung

Bagi rakyat Malaysia yang ingin menonton dan memberikan sokongan kepada pemain Malaysia di Hangzhao, anda boleh menonton siaran langsung yang ditayangkan di RTM Sukan (Sports), RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena.

Siaran langsung ini akan bermula pada 23 September sehingga berakhirnya Sukan Asia 2023 ini, iaitu pada 8 Oktober 2023. Jadi pastikan anda tidak terlepas peluang dalam menyaksikan pertandingan sukan yang anda minati.

Bagi anda yang ingin meningkatkan lagi semangat kenegaraan dalam menyokong para atlet di Hangzhaou anda boleh membeli Jersi Malaysia ini dan memakainya sewaktu menonton pertandingan di Sukan Asia 2023 nanti.

Jadual Pertandingan

Berikut adalah jadual atlet Malaysia bagi tarikh 24 September 2023 (Ahad).

Jadual Sukan
Jadual Sukan
Jadual Sukan
Jadual Sukan
Jadual Sukan Asia
Jadual Sukan

Sumber diperoleh dari Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan ASIAD ini, anda boleh mendapatkannya di laman rasmi Olympic Council of Asia (OCA) atau boleh dapatkan maklumat tersebut di laman rasmi Sukan Asia ke-19 Hangzhou China.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan atlet-atlet Malaysia di Sukan Asia 2023 di Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

Baca juga: Inisiatif Sukan Rahmah: Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.