Aplikasi MyJalan KKR merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Kerja Raya bagi memudahkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan kerosakan jalan raya kepada pihak bertanggungjawab agar dapat dibaik pulih secepat mungkin.
Aplikasi ini juga dihasilkan bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.
Berikut merupakan penerangan terperinci berkenaan aplikasi ini dan cara melakukan aduan. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini bagi mengetahui lebih lanjut.
Apa itu MyJalan KKR?
Aplikasi MyJalan KKR merupakan sebuah aplikasi yang dihasilkan di bawah Kementerian Kerja Raya selaras dengan kempen MyJalan bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk membuat aduan berkenaan kerosakan jalan raya.
Aplikasi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.
Pembangunan aplikasi ini bakal menjadi platform aduan one stop centre bagi memudahkan pengguna membuat aduan. Semua jenis aduan berkenaan jalan raya akan diterima walaupun yang bukan diselenggara KKR.
Antara aduan yang boleh anda kemukakan melalui aplikasi ini ialah:
- Masalah jalan berlubang
- Masalah berkaitan infrastruktur jalan
- Masalah perabot jalan seperti:
- Papan tanda lalulintas
- Penanda jalan
- Penghadang jalan
- Lampu jalan
Jumlah Aduan
Sejak 24 Ogos 2023, KKR telah menerima sebanyak hampir 1,000 aduan menerusi aplikasi MyJalan KKR ini. Menurut Timbalan Menteri KKR kebanyakkan aduan yang dilakukan bukan melibatkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan KKR.
Namun begitu, kementerian tetap membantu menyalurkan aduan tersebut ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah).
Hal ini bagi memastikan pembaikan jalan dapat dilakukan secepat mungkin bagi keselesaan dan keselamatan rakyat Malaysia.
Cara Daftar Akaun MyJalan KKR
Bagi anda yang telah memuat turun aplikasi ini anda boleh mendaftar akaun dengan cara berikut:
1. Muat turun dan Buka aplikasi MyJalan KKR:
2. Tekan butang “Daftar Sekarang”
3. Masukkan maklumat yang diminta.
4. Masukkan kata laluan dan sahkan.
5. Tekan butang “Daftar”
6. Log masuk e-mel yang didaftarkan.
7. Pilih e-mel yang diterima daripada MyJalan KKR.
8. Tekan ‘Click Here’ untuk pengesahan dan pengaktifan akaun pengadu.
Sekarang anda sudah mempunyai akaun. Boleh log masuk seperti biasa menggunakan alamat e-mel berdaftar dan kata laluan yang telah ditetapkan.
Cara Buat Aduan
Bagi anda yang sudah mempunyai akaun dan ingin membuat aduan berkenaan kerosakan jalan raya anda boleh melakukannya dengan cara berikut:
- Tekan “Daftar Aduan” untuk mendaftar aduan baharu.
- Alihkan marker ke lokasi jalan berlubang.
- Pilih kategori aduan:
- Jalan rosak;
- Jalan berlubang;
- Lampu isyarat;
- Lampu jalan;
- Papan tanda;
- Kemudahan awam;
- Perabot jalan;
- Tanah runtuh;
- Garisan Jalan; atau
- Halangan
- Masukkan keterangan aduan (landmark/ kilometer/nama jalan).
- Tekan ‘Gambar’ untuk memuat naik gambar jalan berlubang.
- Tekan ‘Seterusnya’ untuk menghantar aduan.
Untuk panduan melakukan aduan melalui aplikasi MyJalan KKR yang lebih terperinci anda boleh melihat pada dokumen panduan penggunaan yang disediakan di bawah :
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat tambahan berkenaan aplikasi MyJalan KKR ini anda boleh mendapatkannya di laman rasmi Kementerian Kerja Raya.
Selain membuat aduan berkenaan kerosakan jalan, anda juga boleh membeli buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini bagi mengajar generasi muda tentang keselematan di Jalan Raya.