Advertisements

Inisiatif Sukan Rahmah: Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%

Dibawah pengelolah Kementerian Belia dan Sukan, AEON BiG (M) Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjalankan program inisiatif sukan rahmah, di mana dengan setiap pembelian barangan sukan akan mendapat diskaun sebanyak 30%.

Potongan harga ini akan diberikan kepada lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan di AEON BiG daripada tarikh 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023.

Untuk anda yang berminat dengan potongan harga barangan sukan ini, dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini.

Inisiatif Sukan Rahmah

Pada 1 Ogos 2023, Kementerian Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, telah mengumumkan berkenaan Program Inisiatif Sukan Rahmah dengan kerjasama AEON BiG Sdn Bhd di mana potongan harga akan di berikan kepada pembeli barangan sukan.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Payung Rahmah bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sukan dengan harga yang lebih murah dan sekali gus membantu dalam menyokong aktiviti sukan dalam negara.

Melalui inisiatif ini, sebanyak lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan akan dijual dengan pembeli boleh menikmati diskaun antara 10 hingga 30 peratus, selama 10 minggu bermula 1 Ogos 2023 hingga 14 Oktober 2023.

Inisiatif Sukan Rahmah

Senarai Peralatan Dengan Harga Diskaun

Berikut antara beberapa jenis peralatan dan pakaian sukan yang boleh didapatkan dengan harga diskaun di AEON Big terpilih antaranya ;

  1. Baju dan seluar sukan
  2. Perlatan kecergasan
  3. Peralatan yoga
  4. Rangkaian bola sepak dan bola keranjang
  5. Raket badminton
  6. Kolam
  7. Basikal 12 inci – 16 inci
  8. Papan renang
  9. Topi keledar sukan dengan set pelindung

Berikut merupakan risalah AEON BiG berkenaan promosi inisiatif sukan rahmah ini:

Tempoh Promosi Inisiatif Sukan Rahmah

Bagi anda yang berminat dengan program inisiatif sukan rahmah ini dan ingin membeli barangan sukan dengan harga promosi, anda boleh melakukan daripada 1 Ogos 2023 sehingga 14 Oktober 2023.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan barangan sukan dengan harga promosi yang lebih murah, pada tarikh berikut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Inisiatif Sukan Rahmah ini anda boleh mendapatkannya di laman rasmi AEON BiG.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.