City Broadband, yang merupakan salah satu syarikat internet jalur lebar di Malaysia yang dimilki oleh Allo Technology Sdn. Bhd. telah melancarkan Pakej Perpaduan Allo Broadband dengan Harga Rahmah.
Pakej ini telah ditawarkan bagi menyambut baik inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang ingin menyediakan saluran internet mampu milik bagi golongan tidak berkemampuan.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi berkenaan pakej perpaduan ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel ini.
Pakej Rahmah Allo Broadband
Pakej Allo Broadband merupakan satu pakej internet yang ditawarkan oleh Allo Technology Sdn Bhd pembekal internet jalur lebar, sebagai tindak balas kepada inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang ingin menyediakan internet mampu milik untuk golongan tertentu.
Inisiatif ini telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi Digital (KKD) bagi merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar.
Pakej ini telah ditawarkan pada harga RM69 sebulan dengan data internet berkelajuan 100 Mbps tanpa had data dan penjimatan sebanyak RM30 dengan tempoh kontrak selama 24 bulan.
Liputan Allo tertumpu kepada kawasan pinggir dan luar bandar iaitu di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya.
Pakej & Harga
Seperti yang dimaklumkan pada bahagian sebelum ini, bagi Pakej Perpaduan atau Pakej Rahmah ini, pelanggan akan menerima sebanyak 100Mbp sebulan pada harga RM69 dengan tempoh kontrak selama 2 tahun (24 bulan).
Bagi anda yang bukan berada dalam golongan B40, Veteran, Warga Emas atau OKU, namun masih berminat untuk melanggan, berikut merupakan tawaran pakej internet lain yang ditawarkan oleh Allo Broadband:
Kumpulan Sasaran
Pakej perpaduan Allo Broadband ini khusus kepada golongan berikut sahaja:
- Golongan Berpendapatan Rendah (B40)
- Golongan Veteran :
- Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
- Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
- Warga Emas
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
Cara Melanggan Allo Broadband
Bagi anda yang ingin melanggan bersama Allo Broadband ini, anda boleh melakukannya dengan tiga (3) cara berikut:
- Secara Atas Talian:
- Pergi ke laman rasmi City Broadband.
- Klik butang sing up pada pakej yang anda inginkan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta.
- Tetapkan tarikh dan masa temu janji bagi pemasangan broadband.
- Lengkapkan bahagian pengisytiharan dan tandatangan.
- Klik pada butang submit.
- Hubungi Allo di 1300-38-8000/ e-mel di [email protected]
- Melalui Kedai Tenaga.
- Berikut merupakan senarai kedai tenaga di Malaysia yang boleh anda kunjungi:
Maklumat Lanjut
Untuk anda yang berminat untuk mengenal lebih lanjut berkenaan Allo Broadband ini, anda boleh terus ke laman rasmi Syarikat Jalur Lebar City Broadband untuk mengetahui lebih lagi.
Anda juga boleh terus menghubungi pihak Allo secara berikut:
- No. Tel : 1300-38-8000
- E-mel : [email protected]