Advertisements

Biodata Menteri Besar Kelantan dan Exco Terkini 2023

Biodata Menteri Besar Kelantan dan Exco Terkini 2023

Pada 12 Ogos 2023 yang lepas sebanyak enam (6) negeri telah menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Kelantan merupakan salah satu negeri yang terlibat dengan PRN tersebut.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat berkaitan Menteri Besar Kelantan yang baharu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud, dan senarai exco yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjaga rakyat Kelantan.

Pilihan Raya Negeri Kelantan 2023

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) yang lepas, enam buah negeri di Malaysia iaitu negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan telah menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN)

Gabungan Parti Perikatan Nasional (PN) telah memenangi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala gabungan Parti Pakatan Harapan (PH) telah memenangi tiga kerusi iaitu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Berikut merupakan keputusan rasmi PRN bagi Negeri Kelantan:

Kelantan 2023

Biodata Menteri Besar Kelantan 2023

Menteri_Besar Kelantan merupakan jawatan ketua pentadbiran di negeri Kelantan, Malaysia sejak tahun 1775. Jawatan ini merupakan satu jawatan ketua ekskutif di negeri-negeri beraja di Malaysia. 

Pada 15 Ogos 2023 (Selasa), selepas pengumuman kemenangan Parti Perikatan Nasional di Kelantan, pelantikan Menteri Besar dan Exco terkini negeri tersebut telah dirasmikan dengan istiadat angkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan.

Menteri Besar Kelantan yang baharu ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud yang telah mempertahankan kerusi DUN Meranti selepas menewaskan calon Barisan Nasional dengan majoriti 9,154 undi.

Beliau merupakan Menteri_Besar (MB) Kelantan yang ketiga selepas PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990. MB Kelantan sebelum beliau ialah Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob.

Manakala, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan pula, telah dipilih sebagai timbalan Menteri Besar Kelantan, dengan di bawah mereka terdiri daripada sembilan orang exco kerajaan negeri.

Berikut merupakan serba sedikit berkenaan latar belakang Menteri_Besar Kelantan bagi tahun 2023:

Sumber: KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM  

Senarai Exco Kelantan 2023

Selain Menteri Besar baharu, beberapa exco Kelantan yang baharu juga telah menjalani upacara angkat sumpah pada 15 Ogos 2023 yang lepas, bagi membantu MB dalam memimpin dan mengendalan Negeri Kelantan ini.

Seramai sembilan orang telah terpilih sebagai exco Kelantan, dan mereka juga telah pun mengangkat sumpah pada tarikh yang sama dihadapan sultan Kelantan.

Lima daripada calon exco yang dipilih adalah calon baharu termasuk seorang daripada wakil BERSATU, manakala empat lagi merupakan calon yang telah dipilih semula.

Berikut merupakan carta organisasi Majlis Undangan Negeri Kelantan dengan sembilan orang exco terpilih, diketuai oleh Mohd Nassuruddin (Menteri Besar) dan di bantu oleh Mohamed Fadzli yang merupakan Timbalan Menteri Besar:

  1. Wan Roslan
  2. Mohd Asri
  3. Kamaruddin (BERSATU)
  4. Rohani
  5. Md Anizam
  6. Dr. Izani
  7. Wan Rohimi
  8. Zamakhshari
  9. Tuan Saripuddin
Kelantan 2023

Upacara Angkat Sumpah

Bagi anda yang berminat untuk menonton upacara angkat sumpah yang berlangsung pada 15 Ogos 2023 yang lepas, anda boleh tontoni video di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Menteri Besar Kelantan dan sembilan exco Kelantan yang terpilih bagi menerajui negeri tersebut pada tahun 2023, anda boleh mendapatkannya di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Baca juga: Biodata Menteri Besar & Senarai Exco Negeri Terengganu 2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.