Advertisements

Biodata Menteri Besar Terengganu & Senarai Exco 2023

Pada 15 Ogos 2023 (Selasa), secara rasminya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu bersama timbalan beliau dan exco kerajaan negeri yang baharu.

Perkara ini dilakukan setelah Parti PAS memenangi negeri Terengganu dengan kemenangan mudah pada Pilihan Raya Negeri yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2023 yang lepas.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat berkenaan kepimpinaan kerajaan negeri Terengganu yang baharu. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

PRN Terengganu 2023

Pada 12 Ogos 2023, Pilihan Raya Negeri atau PRN telah dijalankan di enam buah negeri di Malaysia yang tidak melakukan PRN pada tahun 2022, iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pengumuman berkenaan pemenang PRN negeri ini, telah diumumkan pada hari yang sama setelah pengiraan undi selesai dilakukan, dan tiga negeri telah dimenangi oleh gabungan parti Perikatan Nasional (PN), dan tiga lagi negeri telah dimenangi oleh gabungan parti Perikatan Harapan (PH).

Negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang telah dimenangi oleh PN dengan kemenangan bersih, di mana mereka telah memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan dan menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri pertama yang tidak mempunyai pembangkang dalam sejarah Malaysia.

 Terengganu 2023

Biodata Menteri Besar Terengganu

Kemenangan PN di Terengganu, dirasmikan dengan upacara angkat sumpah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah dipilih menjadi Menteri Besar negeri tersebut.

Pelantikan beliau ini telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Ogos 2023 yang lepas.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat atau biodata berkenaan Menteri Besar Terengganu ini:

1. PERIBADI

Berikut merupakan maklumat peribadi berkenaan Menteri Besar Terengganu ini:

  • Nama: Ahmad Samsuri bin Mokhtar
  • Umur: 53 Tahun
  • Tarikh Lahir: 16 November 1970
  • Asal: Jerteh, Besut, Terengganu
  • Isteri: Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman

2. PENDIDIKAN

Berikut merupakan sejarah pendidikan yang diterima oleh Menteri Besar Terengganu ini:

  • Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi), Universiti Of Leeds, United Kingdom (2001)
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Pembakaran dan Tenaga), Universiti Of Leeds, United Kingdom (1996)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1993)
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1983-1987)

2. KERJAYA

Berikut merupakan sejarah pekerjaan yang pernah dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu ini:

  • Menteri Besar Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
  • ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
  • Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
  • Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
  • Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
  • Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
  • Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
  • Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
  • Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994

3. PENGLIBATAN POLITIK MENTERI BESAR TERENGGANU

Berikut merupakan antara penglibatan beliau dalam dunia Politik:

  • Naib Presiden Pas (21 Jun 2019 – Kini)
  • Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
  • Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
  • Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini)
  • Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Marang

Untuk maklumat tambahan boleh lihat pada gambar yang disediakan di bawah:

Biodata
Sumber @bernamaofficial

Exco Negeri Terengganu 2023

Seramai 10 orang exco telah dipilih bagi membantu memimpin kerajaan negeri Terengganu bersama Menteri Besar, dan berikut merupakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu ini bagi penggal ke-15 dan jawatan yang disandang mereka:

Menteri Besar Terengganu
Sumber: Bernama

Upacara Angkat Sumpah

Bagi anda yang terlepas menonton upacara angkat sumpah anda boleh menonton semula melalui video di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Menteri Besar Terengganu ini dan senarai exco negeri ini, anda boleh mendapatkannya di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

Baca juga: Kelantan 2023 : Biodata Menteri Besar Kelantan dan Exco Terkini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.