Advertisements

Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan & Senarai Exco 2023

Secara rasminya, Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada 14 Ogos 2023 (Isnin)

Perkara ini dilakukan setelah Parti Gabungan PH-BN memenangi Pilihan Raya negeri tersebut dengan kemenangan majoriti pada PRN yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2023 yang lepas.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat berkenaan kepimpinaan kerajaan negeri yang baharu. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

PRN Negeri Sembilan

Pada 12 Ogos 2023, Pilihan Raya Negeri atau PRN telah dijalankan di enam buah negeri di Malaysia yang tidak melakukan PRN pada tahun 2022, iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pengumuman berkenaan pemenang PRN negeri ini, telah diumumkan pada hari yang sama setelah pengiraan undi selesai dilakukan, dan tiga negeri telah dimenangi oleh gabungan parti Perikatan Nasional (PN), dan tiga lagi negeri telah dimenangi oleh gabungan parti Perikatan Harapan (PH).

Negeri Sembilan merupakan salah satu negeri yang telah dimenangi oleh Gabungan Perikatan Harapan dengan kemenangan majoriti, di mana mereka telah memenangi kesemua 31 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Berikut merupakan senarai kerusi yang telah dimenangi oleh PH di negeri ini:

Negeri Sembilan

Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan

Kemenangan PH ini telah dirasmikan dengan upacara angkat sumpah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun telah dipilih menjadi Menteri Besar negeri tersebut buat penggal kedua.

Pelantikan beliau ini telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada 14 Ogos 2023 yang lepas.

Aminuddin telah memperoleh 12,730 undi dan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal yang mendapat 10,068 undi serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu (83 undi) dan Mohammed Hafiz Baharudin (339 undi).

Berikut merupakan serba sedikit maklumat atau biodata beliau:

mb-n9
Sumber: Bernama – Instagram

Senarai Exco Terkini 2023

Menurut Datuk Seri Aminuddin Harun, bidang tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, Negeri Sembilan yang dilantik akan diselaraskan semula agar selari dengan tugas di peringkat kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, senarai exco ini akan dikemaskini setelah pengesahan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri tersebut diumumkan.

Upacara Angkat Sumpah

Bagi anda yang ingin menonton upacara angkat sumpah, Menteri Besar Negeri Sembilan ini anda boleh menonton video di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Menteri Besar dan senarai exco ini, anda boleh mendapatkannya di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.