Advertisements

Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam – Rebat RM10 Sebulan

Pada 7 Ogos 2023 yang lepas, Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan berkenaan pakej 5G Rahmah dan Insentif Postpaid Rahmah buat Penjawat Awam.

Pakej Rahmah ini merupakan antara inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pakej tersebut yang diperkenalkan sempena Bulan Kebangsaan telah diperkenalkan bagi merapatkan jurang digital, dan dalam masa yang sama bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang berkhidmat demi negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam?

Sempena bulan kemerdekaan ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KDD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas buat penjawat awam.

Bantuan yang dinamakan Insentif Postpaid Rahmah ini, merupakan salah satu pemberian Kementerian kepada penjawat awam di negara ini yang telah banyak berkorban dalam membangunkan Malaysia.

Pemberian rebat RM10 sebulan akan diberikan kepada penjawat awam yang menggunakan plan postpaid daripada mana-mana pakej postpaid sedia ada bermula 31 Ogos 2023 ini.

Melalui pemberian rebat RM10 ini, Penjawat Awam yang layak menerima bantuan ini, akan mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.

Insentif Postpaid Rahmah

Tarikh Pemberian Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam

Bagi penjawat awam yang berminat dengan insentif ini, permohonan atau pendaftaran bagi mendapatkan rebat RM10 sebulan ini boleh dilakukan bermula 31 Ogos 2023 ini.

Insentif Postpaid Rahmah

Cara Pendaftaran

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran Insentif Postpaid Rahmah ini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Insentif ini, anda boleh ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.