MyUmobile : Cara Pengaktifan Akaun Apps UMobile
Umobile Sdn. Bhd., yang merupakan salah satu syarikat perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia telah memperkenalkan aplikasi baharu iaitu MyUmobile bagi memudahkan pengurusan akaun pengguna mereka.
Aplikasi ini boleh didapatkan dengan mudah melalui Google Playstore atau Apple Store mengikut kesesuaian aplikasi anda.
Berikut kami kongsikan cara pengaktifan akaun anda menggunakan aplikasi ini, fungsi dan kelebihan lain yang ada pada aplikasi ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi berkenaan aplikasi ini.
MyUmobile
MyUmobile merupakan satu aplikasi baharu daripada syarikat perkhidmatan telekonmunikasi Umobile Sdn. Bhd. yang diwujudkan sebagai aplikasi sehenti untuk pengurusan akaun U Mobile anda.
Melalui aplikasi ini semua perkara melibat pelan internet, bil dan penyata anda, akses sejarah tambah nilai, dan lain-lain boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan mudah.
Anda juga boleh melakukan pembelian Alat tambah (Add-on), melanggan Data Tambahan, Minit Suara & SMS, serta menebus Ganjaran eksklusif dengan hanya menekan beberapa butang.
Fungsi Aplikasi
Aplikasi MyUMobile ini sangat membantu dalam memudahkan urusan telekomunikasi anda.
Berikut merupakan perkara yang boleh anda lakukan dengan menggunakan aplikasi ini:
- Lihat atau kemas kini maklumat akaun
- Lihat penggunaan data/suaraAdd-Ons
- Aktifkan perantauan data
- Beli Add-Ons
- Bayar bil anda dan lihat sejarah pembayaran bil
- Lakukan tambah nilai
- Tukar pelan mudah alih semasa
- Langgan perkhidmatan/insurans baharu
- Dapatkan tawaran ganjaran
- Akses khidmat pelanggan yang pantas
Cara Pendaftaran Akaun MyUmobile
Bagi anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini anda boleh ikuti cara di bawah untuk membuka akaun MyUmobile:
- Muat turun aplikasi MyUmobile
- iPhone: App Store
- Android: Google Play
- Huawei: App Gallery
- Lancarkan aplikasi dan masukkan nombor U Mobile anda.
- Masukkan kod pengesahan yang dihantar melalui SMS atau e-mel.
*NOTA : Bagi pengguna sedia ada, hanya perlu memasukkan no. U mobile anda bersama pin yang telah anda tetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi MyUmobile ini anda boleh terus ke laman rasmi Umobile atau anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial di:
Baca juga: