Advertisements

ACL 2023 Jadual Perlawanan JDT Asian Champions League

Bagi peminat ACL 2023, masanya telah tiba. Kejohanan Kelab Asia ini telah pun bermula 18 September 2023 sehingga 18 Mei 2024.

Sebanyak 40 pasukan dengan 10 kumpulan bakal menyertai Kejohanan Kelab Asia edisi ke-21 ini dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia berada di bawah kumpulan I.

Jadi teruskan membaca untuk mengetahui jadual perlawan JDT di ACL 2023, dan seterusnya bersama-sama kita memberi sokongan sepenuh kepada skuad JDT.

Sejarah Asian Champions League (ACL)

Liga Juara-Juara AFC yang dahulunya dikenali Kejohanan Kelab Asia dan Liga Juara-Juara Asia adalah merupakan kejohanan bola sepak antara kelab di antara juara-juara dan pemenang piala 14 liga teratas di Asia.

Kejohanan ini diselia oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan ini dipertandingkan di kalangan 32 kelab daripada 10 liga Asia teratas, dua daripadanya mesti layak menerusi playoffs.

Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 ini merupakan edisi ke-21 sambil menyaksikan pasukan JDT diundi dalam kumpulan Asia Timur yang turut membabitkan kelab-kelab bola sepak dari negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, Jepun, China, Filipina, Australia dan Thailand.

Jumlah Penyertaan Pasukan ACL 2023

Bagi ACL 2023 ini sebanyak 40 pasukan telah mengambil tempat , dan 11 kumpulan kecil merangkumi empat pasukan bagi setiap kumpulan telah dibentuk. Berikut merupakan senarai pasukan dan kumpulan mereka:

  • Kumpulan A
    • Pakhtakor
    • Al Fayha FC
    • Ahal FC
    • Al Ain FC
  • Kumpulan B
    • Al Sadd SC
    • FC Nasaf
    • Al Faisaly
    • Sharjah FC
  • Kumpulan C
    • Al Ittihad
    • Sepahan SC
    • Air Force Club
    • AGMK FC
  • Kumpulan D
    • Al Hilal SFC
    • FC Nassaji
    • Mumbai CIty
    • Navbahor
  • Kumpulan E
    • Persepolis FC
    • Al Duhail FC FC
    • Istiklol
    • Al Nassr
  • Kumpulan F
    • Jeonbuk Hyundai Motors FC
    • Bangkok United
    • Lion City Sailors FC
    • Kitchee
  • Kumpulan G
    • Yokohama F. Marinos
    • Shandong Taishan FC
    • Kaya FC-ILOILO
    • Incheon United FC
  • Kumpulan H
    • Buriram United
    • Ventforet Kofu
    • Melbourne City FC
    • Zheijang FC
  • Kumpulan I
    • Ulsan Hyundai
    • Kawasaki Frontale
    • Johor Darul Takzim (JDT)
    • BG Pathum
  • Kumpulan J
    • Wuhan Three Towns
    • FC Pohang Steelers
    • Hanoi FC
    • Urawa Red Diamonds

Tarikh-Tarikh Penting

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti sukan bola sepak ACL ini berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui:

  • Undian Peringkat Kumpulan : 24 Ogos 2023
  • Perlawanan Peringkat Kelayakan : 15 – 22 Ogos 2023
  • Perlawanan Pertama – Keenam : 18 September 2023 – 13 Disember 2023
  • Peringkat Kalah Mati : 12 Februari 2024 – 18 Mei 2024

Siaran Langsung ACL 2023

Bagi anda yang berminat untuk menonton sukan bola sepak ACL 2023 ini anda boleh menonton terutamanya bagi pasukan JDT di Astro Arena 801 atau di laman youtube rasmi Astro Arena.

Anda juga boleh menonton siaran langsung perlawan bola AFC pasukan lain melalui Youtube rasmi mereka di The AFC Hub.

Anda boleh membeli jersi JDT di sini bagi menunjukkan semangat berpasukan anda.

Baca juga: AFC CUP 2023 : Jadual Perlawanan Terengganu FC & Sabah FC

Pasukan JDT di ACL 2023

Tahun ini merupakan tahun kelima pasukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC atau Asian Champions League (ACL) 2023 semenjak kemenangan mereka pada tahun 2019, yang melayakkan mereka untuk menyertai AFC.

Bagi menghadapi jadual perlawanan yang padat, JDT telah membawa skuad yang mampu memberikan keseimbangan kepada setiap perlawanan. Seramai 37 orang pemain telah dipilih bagi mewakili skuad tersebut.

JDT bakal memberikan saingan bagi melepasi peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara AFC 2023 dengan beraksi sebanyak 6 perlawanan dalam peringkat kumpulan. Boleh lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih terperinci:

Jadual JDT

Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan JDT di ACL 2023:

  • Johor Darul Ta’zim vs Kawasaki
    • 19 September 2023
    • Stadium Sultan Ibrahim
  • BG Pathum United vs Johor Darul Ta’zim
    • 3 Oktober 2023 (Selasa)
    • 8 Malam
    • Stadium Leo
  • Ulsan vs Johor Darul Ta’zim
    • 24 Oktober 2023 (Selasa)
    • 6 Petang
    • Stadium Bolasepak Munsu
  • Johor Darul Ta’zim vs Ulsan
    • 7 November 2023 (Selasa)
    • 8 Malam
    • Stadium Sultan Ibrahim
  • Kawasaki vs Johor Darul Ta’zim
    • 28 November 2023 (Selasa)
    • 6 Petang
    • Stadium Atletik Todoroki
  • Johor Darul Ta’zim vs BG Phantum United
    • 12 December 2023 (Selasa)
    • 6 Petang
    • Stadium Sultan Ibrahim
format-perlawanan-afc-champions-league-1-1024x1024-1

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan ACL 2023 ini boleh diperoleh melalui laman rasmi AFC Cup atau melalui Youtube mereka di The AFC Hub.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.