Bagi anda yang bakal menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus berikut adalah contoh soalan PKSK sebagai rujukan anda.
PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Sekolah-sekolah khusus yang memerlukan anda lulus PKSK ini di antaranya ialah:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Kolej Vokasional (KV)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Berikut kami kongsikan kepada anda contoh-contoh soalan PKSK yang boleh anda lihat dan jadikan rujukan bagi ujian PKSK anda nanti.
Apa itu PKSK?
Pada Tahun 2020, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau PKSK yang merupakan pentaksiran yang menggunakan kaedah single entry point bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus.
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik
(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
FORMAT UJIAN PKSK / Contoh Soalan
Berikut merupakan format bagi ujian PKSK sesi 2024/2025 yang perlu anda tahu sebelum anda menjalani ujian tersebut.
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) [20%]
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah) [70%]
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan [10%]
Ujian ini juga akan dilakukan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan, di mana bagi fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit.
Contoh Soalan PKSK
Berikut merupakan contoh soalan yang anda perlu jawap sewaktu PKSK nanti mengikut bahagian:
Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) [20%]
Bahagian B: Soalan IQ dan Pengetahuan AM
NOTA: Bagi soalan Penyelasaian Masalah di bahagian B ianya diramalkan akan mengikut silibus Tahap 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi pelajar yang bakal memasuki Tingkatan 1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Sebagai langkah persediaan menjawab soalan PKSK ini anda boleh membeli Buku Latihan SK: Modul Aktiviti Interaktif PBD Tahun 6 KSSR keluaran SASBADI ini.
Bahagian C: Soalan Artikulasi Penulisan
Soalan di bahagian C adalah soalan Artikulasi Penulisan yang merupakan ujian penulisan karangan dalam Bahasa Melayu. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK bagi tahun 2023 adalah:
- Ceritakan Masalah dan Cabaran yang dihadapi sewaktu pembelajaran secara atas talian dilakukan sewaktu PKP
- Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
- Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
- Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Jelaskan Punca dan Cara Atasi Isu Buli, dan Ponteng Sekolah
Baca juga: PKSK : Permohonan Ke Sekolah Khusus Bagi Sesi 2024/2025
Maklumat Lanjut Tentang Contoh Soalan PKSK
Bagi calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PKSK, sila rujuk dokumen FAQ yang disediakan di bawah: