Bagi calon yang telah melakukan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk Sekolah Khusus pada bulan Ogos yang lepas anda sudah boleh melakukan semakan Pusat PKSK bermula 25 September ini.
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point bagi menggantikan UPSR dan PT3.
Berikut kami akan jelaskan kepada anda tentang apa itu PKSK dengan lebih terperinci dan bagaimana anda boleh melakukan semakan pusat tersebut. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi tentang PKSK ini.
Apa itu Ujian PKSK?
Pada Tahun 2020, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau PKSK yang merupakan pentaksiran yang menggunakan kaedah single entry point bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus.
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada sekolah
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
- Sekolah Menengah Teknik (SMT),
- Kolej Vokasional (KV);
- Maktab Tentera Diraja (MTD).
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Sebagai persediaan menghadapi ujian PKSK ini anda boleh membelikan anak-anak anda Buku Latihan SK: Modul Aktiviti Interaktif PBD Tahun 6 KSSR keluaran SASBADI sebagai latihan dan ulangkaji sebelum ujian tersebut.
Format Ujian
Berikut merupakan format bagi ujian PKSK sesi 2024/2025 yang perlu anda tahu sebelum anda menjalani ujian tersebut.
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) [20%]
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah) [70%]
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan [10%]
Ujian ini juga akan dilakukan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan, di mana bagi fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit.
Baca juga: Contoh Soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2023
Tarikh Semakan Pusat PKSK
Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan pusat pentaksiran PKSK pada tarikh berikut:
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023
Berikut adalah senarai tarikh penting yang perlu anda tahu selain tarikh semakan pusat pentaksiran:
Cara Melakukan Semakan Pusat
Bagi calon yang telah melakukan permohonan semakan pusat boleh dilakukan dengan cara berikut:
- Pergi ke pautan yang ditetapkan berdasarkan tahap pelajar:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
- Tekan butang “Semakan Pusat PKSK”
- Isikan No. My Kid/My Kad pemohon dan No. My Kad penjaga.
- Keputusan semakan pusat akan keluar seperti rajah di bawah:
NOTA: Pastikan anda membaca semua maklumat yang dinyatakan dan ambil maklum berkenaan tarikh, waktu dan pusat berlakunya PKSK itu.
Anda juga perlu mencetak slip pendaftaran dan borang deklarasi kesihatan yang diberikan bersama dengan MyKad/MyKid pemohon sebagai bukti pengesahan sewaktu ujian berlangsung.
Pertukaran Pusat PKSK
Untuk pengetahuan anda, pusat pentaksiran yang diberi adalah tetap dan tidak boleh diubah. Hal ini demikian kerana, calon tersebut yang telah memilih pusat sewaktu melakukan permohonan ke Sekolah Khusus.
Oleh itu, bagi calon PKSK yang akan datang pastikan anda peka dan semak semula tempat melakukan ujian agar tidak berlaku kesilapan.
Maklumat Lanjut
Bagi calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PKSK, sila rujuk dokumen FAQ yang disediakan di bawah: