Permohonan Ke Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2024/2025 telah pun dibuka bermula 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023, bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, KPM telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.
Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:
- Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
- Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.
PKSK 2024/2025
Seperti yang dimaklumkan Permohonan Ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025 telah pun dibuka bermula 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023.
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
FORMAT UJIAN PKSK
Berikut merupakan format bagi ujian PKSK sesi 2024/2025 yang perlu anda tahu sebelum anda menjalani ujian tersebut.
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) [20%]
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah) [70%]
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan [10%]
Ujian ini juga akan dilakukan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan, di mana bagi fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit.
Berikut merupakan jadual pelaksaanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus bagi sesi 2024/2025:
Sekolah Khusus
Berikut merupakan senarai sekolah khusus yang boleh anda mohon bagi PKSK 2024/2025 ini :
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Garis Masa PKSK 2024/2025
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui jika anda ingin melakukan permohonan PKSK 2024/2025 ini:
- Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 1 Ogos – 17 September 2023.
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
- Semakan Tawaran : 1 Mac 2024
- Pendaftaran Sesi 2024/2025 : 18 Mac 2024
Syarat PKSK 2024/2025
Bagi anda yang berminat untuk melakukan permohonan PKSK sesi 2024/2025 ini anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2023 (Permohonan Tingkatan 1)
- Berumur 12 tahun atau;
- Lahir pada 2 Januari 2011 – 1 Januari 2012
- Murid Tingkatan 3 Sesi 2023 (Permohonan Tingkatan 4)
- Berumur 15 tahun atau;
- Lahir pada 2 Januari 2008 – 1 Januari 2009
Kaedah Permohonan
Sekiranya anda telah memenuhi syarat kelayak di atas, anda bolehlah melakukan permohonan anda melalui pautan berikut:
- PKSK Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my
- PKSK Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my
Bagi panduan permohonan yang lebih jelas boleh lihat di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat Lanjut
Bagi and yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan PKSK sesi 2024/2025 ini anda boleh terus ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan informasi terkini.
Baca juga: ePrasekolah KPM: Semakan Permohonan Ke Prasekolah 2024/2025