Advertisements

Bahasa Jiwa Bangsa : Makna Peribahasa & Contoh-contoh Karangan

Bahasa Jiwa Bangsa, satu peribahasa yang acap kali kita dengar, namun begitu, tahukah kita apa makna di sebalik peribahasa ini dan kenapa ia sering di ulang-ulang oleh masyarakat?

Jadi untuk mengetahui apa makna peribahasa ini dan mengapa ia sering diulang-ulang pastikan anda terus bersama sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Maksud Peribahasa Bahasa Jiwa Bangsa

‘Bahasa jiwa bangsa’ merupakan pepatah yang membawa maksud bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Ia merujuk kepada bahasa sebagai pemilik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan dan jati diri sesuaatu bangsa.

Hal ini demikian kerana, sesuatu bahasa itu melambangkan sesuatu bangsa, dari penggunaan bahasa seseorang kita dapat tahu asal usul mereka dan dapat membezakan sesuatu mereka itu dengan bangsa yang lain di muka bumi ini.

Bahasa itu juga melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu apabila melihat cara mereka menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa.

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Berikut merupakan sebuah lagu yang ditulis oleh Tan Sri Dol Ramli yang bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa yang seharusnya dijadikan renungan untuk semua rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bahasa kebangsaan kita:

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Fungsi Bahasa Sebagai Jiwa Bangsa

Menurut pembentangan yang dilakukan oleh Prof Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dalam “Webinar Kemerdekaan, Bahasa Jiwa Bangsa” , fungsi bahasa sebagai jiwa bangsa adalah:

  • Sebagai asas pembentukan konsep diri manusia
    • Bahasa membezakan manusia dengan haiwan.
  • Sebagai asas pengilmuan manusia
    • Bahasa sebagai wasilah dakwah dan pengembangan ilmu kepada masyarakat melalui dua saluran (lisan dan tulisan).
  • Sebagai perantaraan perhubungan sosial
  • Sebagai perantaraan pewarisan tamadun
    • Sesuatu tamadun itu berkembang seiring dengan bahasanya

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Perkara ini telah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan, Perkara 152 yang menyatakan:

Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).

Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara.

Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini perlu diangkat tinggi dan dipulihara semula, kerana bahasa ini yang melambangkan masyarakat Malaysia. Namun bahasa lain juga tidak boleh diabaikan sepenuhnya.

Langkah Pemartaban Bahasa Melayu

Tanggungjawab memulihara dan memartabatkan bahasa sebenarnya terletak di bahu semua pihak. Adalah tidak adil tanggungjawab itu diletakkan seratus peratus kepada kerajaan, malah ibu bapa, organisasi, agensi, pihak sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan bahasa Melayu tidak terus ditelan zaman.

Tanggungjawab memartabatkan bahasa juga tidak hanya perlu digalas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun sahaja. Semangat mencintai bahasa kebangsaan perlu dipupuk pada setiap masa, bukan setakat pada bulan tertentu.

Prof Datuk Seri Dr. Awang Sariyan juga telah menyatakan terdapat tiga langkah permataban Bahasa Melayu yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak dan bukan sahaja terhad kepada kerajaan, antara langkah tersebut ialah:

  1. Peringkat Kebangsaan
    • Peneguhan dan Pelaksanaan Dasar
    • Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan
    • Pembudayaan Bahasa
    • Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi
    • Pengayaan Khazanah Ilmu dalam Bahasa Melayu
    • Nilai Ekonomi dalam Bahasa Melayu
  2. Peringkat Serantau
    • Penerapan dalam Institusi
    • Bahasa Melayu Supra
    • Peranan Badan Bukan Kerajaan dipertingkatkan
  3. Peringkat Antarabangsa
    • Promosi dan Pengaktifan Majlis Antarabangsa Melayu (MABM)

Contoh Karangan

Berikut adalah contoh-contoh karangan yang bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa:

Bahasa Jiwa Bangsa
Sumber: Scribd
Sumber: Ramaneish Sivaraj

Baca juga: Doa Untuk Palestin – Solidariti Bersamamu Palestin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.