Doa Untuk Palestin – Contoh Doa & Qunut Nazilah
Tahukah anda Palestin sedang diserang tanpa henti selama lebih dari dua minggu dan semalam dilaporkan angka korban di bumi Palestin telah pun mencecah lebih daripada 5,000 orang.
Kekejaman Zionis telah meragut banyak nyawa dan juga telah menghancurkan bumi Palestin. Oleh itu, kita rakyat Malaysia, terutamanya buat yang beragama Islam sangat digalakkan untuk mendoakan mereka di sana.
Berikut kami kongsikan kepada anda doa-doa yang boleh anda amalkan bagi membantu saudara kita disana yang sedang berperang dengan kekejaman Zionis. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi.
Situasi di Palestin
Buat pengetahuan anda, bumi Palestin telah diserang tanpa henti oleh pihak Zionis daripada 7 Oktober 2023 sehingga ke hari ini. Seramai 5,000 orang telah terkorban di atas kekejaman Zionis.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 5,700 kematian dengan 2,360 daripadanya adalah kanak-kanak dan 16,000 kecederaan dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala seramai 95 orang terbunuh dan 1,836 lagi cedera di Tebing Barat.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza juga telah memaklumkan bahawa mereka dijangka bakal menghentikan semua perkhidmatan perubatan dan rawatan di semua hospital di Gaza dalam beberapa jam akan datang susulan Sistem Kesihatan disytiharkan sudah Runtuh di Seluruh Gaza.
Mereka disana kekurangan segala keperluan seperti makanan, minuman, perubatan, elektrik, dan sebagainya dan dalam masa yang sama jumlah mangsa perlu dirawat terus meningkat.
Diharapkan dengan doa yang dibaca ini, kita dapat meringankan sedikit beban mereka dan membantu mereka bebas daripada kekejaman Zionis ini. Jadi marilah kita beramai-ramai mengangkat tangan membaca doa-doa di bawah.
Doa Qunut Nazilah
Berikut adalah doa serta makna Qunut Nazilah yang boleh kita amalkan sepanjang solat fardhu, bagi memohon kemenangan buat saudara kita di Bumi Palestin:
Cara Membaca Qunut Nazilah
Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, doa Qunut Nazilah ini perlu dibaca sewaktu menjalankan solat fardhu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) pada rakaat terakhir selepas melakukan Ruku’ untuk ‘Itidal.
Qunut nazilah ini merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak, yang dilakukan sewaktu peristiwa tertentu atau lebih khususnya ketika sesuatu musibah menimpa umat Islam
Ia dibaca bagi memohon perlindungan daripada Allah ketika sedang berlakunya musibah tersebut. Anda boleh rujuk gambar dibawah untuk melihat cara yang betul untuk membaca Qunut Nazilah ini:
Doa Untuk Palestin
Selain Qunut Nazilah anda juga boleh mengamalkan doa-doa berikut untuk mendoakan rakyat Palestin:
Diharapkan dengan doa-doa ini, ia dapat membantu dalam melemahkan kekuatan tentera Zionis, menghancurkan mereka dan dalam masa yang sama dapat membantu saudara kita di bumi Palestin. Aamiin.
Baca juga: