Advertisements

Ujian Aptitud : Jenis dan Contoh-contoh Soalan

Bagi anda yang sedang bersekolah atau bakal menyambung pelajaran, tahukah anda tentang apa itu ujian Aptitud?

Jika anda sedang menjalani alam persekolahan atau bakal menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi anda pastinya akan menjalani ujian ini sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jadi di sini, kami akan terangkan kepada anda tentang apa itu ujian Aptitud, apa kepentingannya dan contoh-contoh soalan dalam ujian ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Apa itu Ujian Aptitud?

Ujian Aptitud ialah satu jenis ujian yang dilakukan bagi menentukan kemahiran atau kecenderungan seseorang individu untuk berjaya dalam sesuatu aktiviti. Ujian jenis ini biasanya digunakan untuk penempatan kerja, kemasukan program kolej, dan sebagainya.

Ujian ini mengandaikan bahawa seseorang individu mempunyai kekuatan dan kelemahan dan mempunyai kecenderungan semula jadi ke arah kejayaan atau kegagalan dalam bidang tertentu berdasarkan ciri-ciri semula jadi mereka.

Di Malaysia, ujian ini membantu dalam memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu
kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

Jenis Ujian

Ujian aptitud ini terdapat dua jenis iaitu:

  1. Aptitud Am
    • Ujian jenis ini adalah ujian yang mengukur kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat.
    • Ujian jenis ini kurang berkaitan dengan ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi.
  2. Aptitud Khusus
    • Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang
      murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada
      masa akan datang.
    • Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.
    • Instrumen Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:
      1. Verbal Linguistik
      2. Visual Ruang
      3. Logik Matematik
      4. Muzik
      5. Naturalis
      6. Kinestatik
      7. Interpersonal
      8. Intrapersonal
      9. Eksistensia

Ujian Aptitud Di Sekolah Malaysia

Di Malaysia, ujian aptitud ini merupakan salah satu elemen dalam pentaksiran psikometri, dan akan diberikan kepada pelajar tahun 4 (Aptitud Am), 5, 6 dan tingkatan 3 (Aptitud Khusus) sahaja:

Ujian Aptitud

Pentaksiran ini dilakukan bagi:

  • Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
  • mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
  • Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
  • Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik. 
  • Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu. 
  • Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.

Contoh-contoh Soalan

Berikut merupakan tujuh (7) contoh-contoh soalan yang wujud dalam sesuatu ujian aptitud:

UJIAN 1 : LISAN- MEMAHAMKAN AYAT

Ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana kemampuan pelajar dalam memahami dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain yang mungkin berbeza situasinya:

UJIAN 2 : NUMERIKAL – MENGUASAI NOMBOR

Ujian ini adalah untuk menguji kebolehan pelajar dalam menguasai nombor. Setiap nombor akan membentuk satu siri nombor.

UJIAN 3 : PERSEPSI 2D – MENGANALISIS SIMBOL ATAU BENTUK 2D

Ujian ini bertujuan untuk menguji kebolehan pelajar dalam menganalisis pelbagai jenis simbol dan bentuk 2-Dimensi.

UJIAN 4 : MEMANIPULASI BENTUK DAN RAJAH 3D

Ujian aptitud jenis ini adalah untuk menilai sejauh mana pelajar dapat melihat dan memanipulasi bentuk dan rajah 3-Dimensi.

Ada dua jenis soalan yang dikemukakan pada bahagian ini, iaitu:

  1. Jenis soalan pertama ialah pelajar diberikan satu bentuk,contohnya sebuah kiub yang terbuka semua sisinya. Pelajar harus menggunakan imaginasi untuk membayangkan bentuk yang akan diperoleh sekiranya kiub itu dilihat dari sudut yang berlainan.
  2. Jenis soalan kedua pula ialah objek yang diberikan akan dipotong atau dikeluarkan sebahagian daripadanya. Pelajar harus menggunakan imaginasi mereka untuk membayangkan bentuk yang akan diperoleh sekiranya dilihat dari sudut yang berlainan.

UJIAN 5 : KEBOLEHAN TEKNIKAL

Ujian ini adalah untuk menilai sama ada pelajar mempunyai sebarang kecenderungan atau kebolehan untuk perkara-perkara teknikal

UJIAN APTITUD

UJIAN 6: KEBOLEHAN AKUITI

Ujian aptitud jenis ini adalah untuk menguji kebolehan pelajar dalam membuat tugasan yang melibatkan kertas kerja yang rumit. Ujian ini juga menguji ketajaman dan kepantasan pemikiran pelajar.

Ujian Akuiti terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Mengira
  • Menyusu perkataan

UJIAN 7: ANALITIKAL – MENGANALISIS DATA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Ujian aptitud terakhir ini akan menilai kebolehan diri pelajar dalam menganalisis sesuatu informasi dan membuat rumusan yang tepat dan logik.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan ujian Aptitud ini terutamanya di dalam sektor pendidikan di Malaysia anda boleh memuat turun dokumen dibawah:

ATAU;

Anda boleh membeli Buku “Ujian Aptitud Tentukan Kerjaya Anda” karya Amin Hazyq sebagai rujukan tambahan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.