FORMAT PENULISAN, FUNGSI DAN CONTOH-CONTOH BUKU PROGRAM SEBAGAI RUJUKAN ANDA.
Buku program merupakan sebuah dokumen yang penting dalam sesuatu majlis atau persidangan. Ia digunakan bagi memaklumkan kepada tetamu yang hadir tentang acara dalam majlis tersebut secara ringkas.
Dokumen ini amat penting bagi memudahkan urusan para tetamu yang hadir ke sesebuah majlis. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dokumen ini dan format penulisannya, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Fungsi Buku Program
Antara fungsi buku program ini adalah:
- Menyediakan maklumat acara penting untuk peserta seperti:
- Jadual acara
- Penceramah
- Penaja
- Pelan lantai,
- Ringkasan majlis atau persidangan
- Menetapkan nada untuk majlis anda sama ada ia majlis formal, semi formal atau tidak formal.
- Menjelaskan secara ringkas kepada tetamu tentang majlis anda.
Maklumat Dalam Buku Program
Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, buku program ini memuatkan maklumat ringkas berkenaan sesebuah persidangan. Oleh itu anda boleh memasukkan maklumat-maklumat berkenaan jika ia wujud dalam persidangan anda:
- Nama, tarikh dan lokasi persidangan
- Tentatif persidangan
- Lokasi pempamer
- Senarai penaja
- Senarai penceramah
- Biodata penceramah
- Ringkasan persidangan
- Jawatankuasa pengelola
- Ruang iklan
Cara dan Idea Penulisan
Berikut merupakan cara penulisan buku program yang boleh anda ikuti:
Langkah 1
Tetapkan gaya anda untuk keseluruhan program, supaya elemen seperti fon dan margin kekal sama. Pilih fon yang jelas dan boleh dibaca, seperti Times New Roman, Arial atau Georgia. Saiz 12 sesuai bacaan.
Langkah 2
Buat senarai semua kandungan untuk rujukan semasa anda mereka bentuk program. Anda mungkin memerlukan halaman untuk jadual, biografi penceramah, acara lain dan sebagainya.
Langkah 3
Buat muka depan anda. Ia harus mengandungi butiran penting yang boleh dibaca oleh pembaca sepintas lalu, seperti nama acara, tarikh, masa dan kos program.
Langkah 4
Buat halaman kandungan jika program anda mempunyai lebih daripada empat halaman.
Langkah 5
Buat halaman program untuk setiap bahagian acara. Letakkan maklumat dengan jelas, dengan setiap item yang dijadualkan pada baris yang berasingan.
Langkah 6
Sediakan halaman bagi ruang iklan pada akhir bahagian dokumen anda.
Sumber: Techwalla
Contoh-Contoh
Berikut adalah contoh-contoh buku program yang boleh anda jadikan rujukan anda:
Template Percuma
Bagi anda yang ingin membuat buku ini, anda boleh mendapatkan template-template di bawah bagi memudahkan proses penulisan anda nanti:
- Template Bulan Sukan Negara
- Template Tema Angkasa
- Template Tema Islamik
- Template Tema Kemerdekaan
- Template Hari Kanak-kanak
Sumber: Koleksi Buku Program
Anda juga boleh mendapatkan template ini di Shopee untuk memudahkan penulisan anda.