NAMA DAN SENARAI LEBUHRAYA DI MALAYSIA BUAT PENGETAHUAN ANDA.
Lebuh raya merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan beberapa lokasi penting, seperti antara bandar-bandar raya dan disini kami akan senaraikan semua lebuhraya yang wujud di Malaysia.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang lebuhraya di Malaysia ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Lebuhraya?
Lebuhraya ialah jalan raya utama yang biasanya menghubungkan antara satu bandar dan bandar yang lain bagi memudahkan pergerakan kenderaan di sesebuah negara, termasuklah di negara kita.
Pada 24 Oktober 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia yang merupakan sebuah badan berkanun telah ditubuhkan bagi menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuhraya.
Mereka juga adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan lebuhraya.
Terdapat 30 lebuhraya yang beroperasi di seluruh Malaysia, dan di bahagian bawah ini kami telah senaraikan kesemua lebuhraya tersebut dan singkatanya.
Nama Lebuhraya di Malaysia
Berikut adalah nama dan singkatan bagi lebuhraya yang beroperasi di negara kita:
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Cheras Kajang (CKE)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
- Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
- Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
- Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JPP2)
- Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)
- Lebuhraya Shah Alam – Kuang (GCE)
- Jambatan Pulau Pinang (JPP)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (LKS)
- Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
Dapatkan peralatan atau barang-barang buat kenderaan anda di Shopee dengan harga yang berpatutan.
Talian Hotline
Bagi anda yang mempunyai masalah atau aduan berkenaan lebuhraya ini anda boleh menghubungi talian hotline di bawah:
Maklumat Lanjut Lebuhraya Malaysia
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan sistem lebuhraya di Malaysia ini anda boleh ke laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau hubungi mereka di:
- Hotline Info Trafik: 1800-88-7752
- Tel: 603-8738-3000
Baca juga: Doa Untuk Palestin – Solidariti Bersamamu Palestin