Cukai Taksiran atau lebih dikenali sebagai “Cukai Pintu” adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk anda melakukan semakan akaun bagi cukai taksiran anda dan cara melakukan pembayaran cukai taksiran tersebut secara atau talian.
Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung bagi mengetahui lebih lanjut tentang cukai taksiran ini.
Apa itu Cukai Pintu?
Cukai pintu atau cukai taksiran adalah cukai tempatan yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Tempatan bagi menampun kos pembangungan, infrastrustur dan perkhidmatan tempatan.
Cukai ini membantu Majlis Perbandaran Tempatan untuk membayar perkara-perkara di bawah yang seterusnya menjamin keselesaan penduduk:
- Kos mengangkut sampah
- Kos membersihkan longkang
- Kos mengindahkan lanskap
- Membayar bil lampu jalan
- Menyelenggara lampu-lampu isyarat
- Pembersihan taman
- Pengumpulan sisa perbandaran
- Lain-lain pekerjaan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa
Siapakah Pembayar Cukai Taksiran ?
Individu yang perlu membayar cukai taksiran ini adalah individu yang mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis.
- Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
- Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
Tarikh Bayaran Cukai Pintu
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu pada :
- 1 Januari hingga 28 Februari.
- 1 Julai hingga 31 Ogos.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran bagi cukai pintu di setiap negeri adalah berbeza mengikut faktor di bawah:
- Jenis bangunan
- Keluasan lantai
- Lokasi
- Bahan-bahan pembinaan
- Kegunaan
Nilai cukai di sesebuah bandar besar juga adalah lebih tinggi berbanding kadar bayaran di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai taksiran ini adalah dalam lingkungan 9% hingga 10% daripada nilai harta.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli perabot rumah dengan harga yang lebih murah di sini.
Cara Semak dan Bayar Cukai Taksiran
Semakan dan pembayaran cukai pintu bagi individu yang mempunyai pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan Majlis boleh dilakukan secara atas talian melalui laman rasmi PBTPay.
PBTPay ini merupakan portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Berikut merupakan langkah mudah untuk melakukan pembayaran dan semakan menggunakan PBTPay:
Cara Semakan Cukai Pintu
- Untuk buat semakan, pergi ke laman PBTPay
- Pilih PBT anda dan masukkan no. akaun.
- Klik butang semak.
- Terus ikuti panduan yang dinyatakan untuk buat pembayaran.
Cara Membuat Pembayaran Cukai Pintu
- Bagi anda yang ingin membuat pembayaran secara atas talian menggunakan PTBPay, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di pautan berikut: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup .
- Log masuk seperti biasa jika anda sudah mempunyai akaun.
- Lakukan semakan dan ikutu panduan yang diberikan untuk membuat pembayaran.
*NOTA: Bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dipos /diserahkan. Jika gagal, waran tahananakan dikeluarkan dan tindakan mensita apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya boleh diambil selaras dengan Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai pembayaran cukai pintu, sila rujuk atau hubungi Majlis Perbandaran masing-masing atau anda boleh terus ke laman rasmi PBTPay.
Baca juga: Cukai Tanah : Semakan Akaun dan Cara Pembayaran Online