Cukai tanah merupakan cukai yang dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah di Malaysia, termasuklah tanah jenis pegangan bebas dan pajakan.
Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai ini setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan, pada tarikh dan kadar yang ditetapkan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang hal ini, berikut merupakan maklumat berkenaan cukai jenis ini. Teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui lebih lagi.
Apa itu Cukai Tanah?
Menurut Kanun Tanah Negara 1965 Seksyen 5, Cukai Tanah ini boleh ditafsirkan sebagai:
- Apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
- Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
- Apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli perabot rumah dengan harga yang lebih murah di sini.
Kadar Bayaran Cukai Tanah
Kadar bayaran yang perlu dibayar oleh pemilik tanah adalah bergantung kepada daerah dan kawasan tanah.
Pemilik tanah yang yang mempunyai tanah di kawasan luar bandar mungkin kadar lebih rendah kadar bayarannya berbanding dengan pemilik tanah yang memiliki tanah di kawasan bandar.
Oleh itu pastikan anda mempunyai nombor geran tanah anda untuk melakukan semakan maklumat sebelum membuat pembayaran. Di bawah ini kami kongsikan bagaimana cara untuk anda melakukan semakan akaun.
Cara Buat Semakan Akaun
Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
Semakan ini boleh dilakukan melalui laman rasmi Pejabat Tanah dan Galian setiap negeri di Malaysia :
- Kuala Lumpur
- Sabah
- Selangor
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Johor
- Perak
- Pahang
- Kedah
- Terengganu
- Perlis
- Kelantan
Pembayaran Cukai Tanah secara atas talian juga boleh dilakukan melalui laman portal PTG negeri masing-masing melalui pautan di atas.
*NOTA:
- Selepas melakukan pembayaran pastikan anda menyimpan resit transaksi dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran
- Penyata pembayaran hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Negeri selepas 3 hari pembayaran dibuat.
- Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.
Baca juga: Cukai Pintu (Taksiran) : Semakan & Cara Pembayaran Online
Maklumat Lanjut
Maklumat berkenaan cukai tanah ini boleh anda dapatkan di portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan atau anda boleh hubungi mereka melalui cara di bawah:
- No. Tel : 03-8000 8000
- E-mel : [email protected]
Atau anda boleh terus ke laman rasmi Jabatan Tanah dan Galian bagi setiap negeri mengikut pautan yang telah diberikan di bahagian sebelum ini.