Pada 13 Oktober 2023 (Ahad) yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam Belanjawan 2024 berkenaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang bakal diagihkan pada Januari tahun hadapan.
Untuk makluman, BAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BAP ini dan cara agihannya, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Belanjawan 2024
Bagi Belanjawan 2024, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion, dan jumlah ini merupakan Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.
Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:
- Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
- Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
- Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Bagi anda yang terlepas untuk menonton pebentangan Belanjawan 2024 ini anda boleh tonton di saluran berikut:
Apa itu Bantuan Awal Persekolahan ?
Bantuan Awal Persekolahan atau BAP ini bukanlah satu bantuan baharu. Ia telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa pada awal tahun.
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Namun begitu, pada tahun 2023, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan jumlah BAP iaitu daripada RM100 kepada RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini telah diteruskan oleh Kerajaan MADANI.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak RM788,130,000 telah diperuntukkan bagi Bantuan Awal Persekolahan 2024 ini, dan bantuan ini akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang pelajar.
Jumlah BAP 2024
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2023, Jumlah BAP yang bakal diterima oleh pelajar yang berkelayakan adalah sebanyak RM150.
Baca juga: Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN – Belanjawan 2024
Syarat Kelayakan BAP
Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2024/2025; dan
- Murid bersekolah di:
– Sekolah Kerajaan (SK)
– Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
– Sekolah Agama
– Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
– Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
– Sekolah Integriti
– Sekolah Henry Gurney
Cara Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Penyaluran BAP kepada para pelajar akan dilakukan sama ada secara tunai atau kredit ke akaun pelajar.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membeli barangan persekolahan bagi sesi hadapan anda boleh melakukan pembelian dengan mudah di sini.
Tarikh Pembayaran
Menurut kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kerajaan MADANI, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan ini akan mula diagihkan pada bulan Januari 2024.
Baca juga: STR 2024: Kadar Sumbangan Tunai Rahmah (Belanjawan 2024)
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang BAP ini anda boleh terus ke laman rasmi khas Belanjawan 2024 atau laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.