Advertisements

Banjir Besar Diramal Berlaku Pada Penghujung November

Advertisements

Banjir besar diramal akan berlaku pada penghujung November mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berikutan hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini.

Banjir itu juga diramal signifikan kerana ianya berlaku pada musim Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh tersebut, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan.

Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah

Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah

Taburan hujan juga meningkat akibat daripada fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan.

METMalaysia meramalkan lagi, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir yang berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Ini 10 Barang Perlu Disediakan Di Dalam Beg Kecemasan Ketika Bencana

Kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.

Semasa fasa peralihan monsun ini, lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.

Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung.

Sumber: AstroAwani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.