Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah memperkenalkan satu aplikasi yang memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai banjir iaitu MyPublic Infobanjir.
MyPublic Infobanjir adalah aplikasi yang direka untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berhubung dengan bencana banjir.
Aplikasi ini menyediakan data banjir untuk 1,500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Selain itu, aplikasi ini dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat dan notifikasi berkenaan situasi hujan dan aras air sungai semasa serta hebahan amaran banjir boleh diakses secara real-time.
5 Ciri Aplikasi
Terdapat 5 ciri-ciri aplikasi ini iaitu:
- Utama: Pengguna akan melihat maklumat takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga, atau normal.
- Peta Kawasan: Membolehkan pengguna mengetahui aras air di 337 lokasi yang disediakan.
- Notifikasi: Notifikasi yang disediakan ialah untuk ramalan banjir, amaran cuaca, dan pengumuman umum info banjir.
- SOS: Nombor talian kecemasan pihak pertahanan awam disediakan bagi memudahkan mangsa meminta bantuan dengan kadar segera.
- Lokasi Pilihan Ramalan Banjir: Ciri ini boleh digunakan bagi pengguna yang telah membuat tetapan POI.
Cara Menggunakan Aplikasi
Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu memuat turun aplikasi ini di Google Play dan Apple App Store.
Pautan muat turun boleh dilihat seperti berikut:
- Google Play: htpps://shorturl.at/lmqJ6
- App Store: https://shorturl.at/kGW19
Info Lanjut
Info lanjut mengenai aplikasi MyPublic Infobanjir, sila layari https://publicinfobanjir.water.gov.my/.