Advertisements

Permohonan iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT 2020

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi atau iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang.

Matlamat pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT

Jumlah bantuan yang diterima pelajar IPT yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar yang belajar di universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
  • Pelajar yang belajar di universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
  • Pelajar yang belajar di Politeknik Malaysia: RM300.00.

Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi pengajian peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan untuk iBita akan dibuka pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Semua permohonan adalah melalui online di laman web https://ibita.penang.gov.my/.

Senarai Pelajar Universiti Yang Layak Memohon iBita

Anak-anak Pulau Pinang yang bakal mendaftar pengajian mereka di 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti dalam senarai di bawah sahaja layak memohon.

Pelajar di 20 buat IPTA tersebut yang layak memohon ialah:

  1. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  12. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  14. Universiti Sains Malaysia (USM)
  15. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  17. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  18. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pelajat di 6 IPTS yang layak memohon ialah:

  1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  2. Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
  3. Universiti AIMST (AIMST)
  4. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
  5. Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
  6. MSU College Penang

Pelajar di 36 buah Politeknik Malaysia yang layak memohon ialah:

  1. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  3. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  4. Politeknik Metro Betong (PMBS)
  5. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  6. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  7. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  8. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  9. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  10. Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
  11. Politeknik Besut (PBT)
  12. Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  13. Politeknik Port Dickson (PPD)
  14. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  15. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  16. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  17. Politeknik Melaka (PMK)
  18. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  19. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  20. Politeknik Merlimau (PMM)
  21. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  22. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  23. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  24. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  25. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  26. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  27. Politeknik Jeli (PJK)
  28. Politeknik Nilai (PNS)
  29. Politeknik Banting (PBS)
  30. Politeknik Mersing (PMJ)
  31. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  32. Politeknik Tawau (PTS)
  33. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  34. Politeknik Sandakan (PSS)
  35. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  36. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan iBita tertakluk kepada beberapa syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu gaji pokok termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00.
  2. Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  3. Hanya pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  4. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon.

Langkah-Langkah Membuat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon bantuan iBita boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ibita.penang.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Login Pemohon.’
  3. Isikan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’
  4. Klik butang’ Setuju & Daftar.’
  5. Login dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  7. Setelah selesai cetak borang permohonan tersebut.
  8. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen sokongan yang telah disahkan.
  9. Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan sama ada oleh pemohon/ibu/bapa/penjaga/wakil.

Senarai Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran ke IPT.
  2. Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
  5. Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Mana-mana Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Untuk pesara, penyata pencen wajib dikemukakan dan Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) perlu dikemukakan sekiranya bekerja sendiri.

Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah/Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan/Pensyarah/Profesor/Pendaftar Universiti/Jaksa Pendamai/ Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.

Semakan Kelulusan Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan selama 1 bulan selepas tarikh permohonan ditutup.

Semakan kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web https://ibita.penang.gov.my/.

Pemohon juga boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS untuk membuat semakan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing seperti berikut:

  • Daerah Barat Daya: Mohd Idris Bin Ismail Dennie/ Noor Mahdini Binti Mohd Sabri (04-8689424/04-8689431/432)
  • Daerah Timur Laut: Juhana bt Johan/Najiha Nabila Binti Yusree/Siti Mariam bt Mohamad (04-6505533/04-6505528)
  • Seberang Perai Utara: Nor Zurina binti Abdullah/Siti Fatimah Binti Ahmad/Noor Faezah binti Adenan (04-5776505/04-5776515/04-5759963)
  • Seberang Perai Selatan: Aida Sofiah Bt Rusmahini/Rozaid bin Ali (04-5857814/04-5857821)
  • Seberang Perai Tengah: Sobri bin Shariff/Muhammad Azri Bin Mohd Nor (04-5488818/04-5488814)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.