Advertisements

Permohonan Bantuan One-Off Penjaja & Peniaga Kecil RM300 MBI

Penjaja dan peniaga kecil di sekitar Ipoh yang terkesan akibat pandemik COVID-19 kini boleh membuat permohonan menerusi Bantuan One-Off Penjaja dan Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Untuk makluman, pelaksanaan bantuan one-off ini adalah hasil daripada Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak bagi menghadapi impak pendamik COVID-19.

Tujuan bantuan one-off ini diberikan adalah untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak COVID-19.

Bagi penjaja dan peniaga kecil yang masih belum membuat permohonan, permohonan Bantuan One-Off Penjaja dan Peniaga Kecil ini boleh dibuat secara atas talian sehingga 30 September 2021.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan One-Off Penjaja dan Peniaga Kecil yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM300.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi bantuan one-off ini adalah seperti berikut iaitu:

  1. Pemohon adalah semua penjaja dan peniaga kecil termasuk Peniaga Pasar Awam yang berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh.
  2. Lesen perniagaan pemohon adalah aktif setakat Jun 2021.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan one-off ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada link permohonan berikut iaitu https://www.mbi.gov.my/perniagaan/bantuan-one-penjaja-dan-peniaga-kecil?fbclid=IwAR0_AgvBI4te23_hcmE4a44J9NI01oSnLWU48p10OgmOYYtaOgvXsUboJzM.
  2. Klik pada bahagian ‘Mohon Bantuan One Off Penjaja.’
  3. Masukkan no akaun dan klik butang ‘Semak’ (hanya pemohon yang layak sahaja butiran maklumat pelesen akan dipaparkan).
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Hanya 2 dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  1. Salinan no. kad pengenalan.
  2. Penyata bank.

Soalan Lazim

Adakah pemohonan boleh dilakukan secara “walkin” atau datang ke pejabat MBI untuk menghantar permohonan ?

Tidak, pemohon tidak di benarkan membuat permohonan
melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI. Sebarang
permohonan melalui kaedah ini tidak akan dilayan.

Berapa lamakah proses kemasukan duit kedalam akaun
pemohon?

Permohonan yang lengkap akan menerima duit dalam masa 5 hari bekerja. Namun, sekiranya permohonan dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, ini akan menyukarkan proses penyaluran duit ke akaun penerima dan mengambil masa yang lebih lama.

Adakah perlu memuatnaik Lesen Perniagaan?

Tidak. Hanya KP dan Buku bank atau penyata bank sahaja
yang perlu di muatnaik.

Adakah pemegang Permit Penjaja Sementara layak memohon?

Hanya pemegang Permit Penjaja Sementara yang di keluarkan Permit setakat Jun 2021 sahaja yang layak memohon.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan One-Off Penjaja dan Peniaga Kecil ini boleh dilakukan melalui Hotline MBI di talian 05-2058047 (waktu pejabat sahaja).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.