Advertisements

Permohonan Pembiayaan Perniagaan PUNB Sehingga RM10 juta

Advertisements

Usahawan yang memerlukan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan Pembiayaan Perniagaan PUNB sehingga RM10 juta.

Untuk makluman, PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Agensi ini ditubuhkan diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Salah satu usaha PUNB bagi meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan adalah melalui bantuan pembiayaan perniagaan kepada usahawan yang layak.

Keistimewaan Pembiayaan

Terdapat beberapa keistimewaan Pembiayaan Perniagaan PUNB yang ditawarkan iaitu:

  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan.
  • Cagaran yang minimum.
  • Rebat pembiayaan.
  • Proses penilaian yang telus.
  • Pembiayaan patuh syariah.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan yang memohon adalah daripada RM100 ribu kepada RM10 juta.

Untuk entiti milikan tunggal atau perkongsian, jumlah pembiayaan terhad kepada maksimum RM300 ribu sahaja kecuali bagi perniagaan stesen minyak, jumlah pembiayaan yang adalah terhadap kepada RM500 ribu.

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5 hingga 8% setahun.

Syarat Pembiayaan

Usahawan yang ingin memohon Pembiayaan Perniagaan PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Syarikat mestilah entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan.
  2. Syarikat dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera.
  3. Jualan tahunan perniagaan tidak kurang RM300 ribu.
  4. Syarikat atau perniagaan telah beroperasi 18 bulan ke atas.
  5. Syarikat memiliki rekod kewangan terkini.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan pembiayaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web PUNB iaitu https://www.punb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
  4. Hantar rancangan perniagaan kepada pihak PUNB melalui email iaitu:
    – Ibu Pejabat KL: [email protected]/ [email protected]/ [email protected]
    – Pejabat Wilayah Tengah: [email protected]
    – Pejabat Wilayah Utara: [email protected]
    – Pejabat Wiayah Pantai Timur: [email protected]
    – Pejabat Wilayah Selatan: [email protected]
    – Pejabat Wilayah Sarawak: [email protected]
    – Pejabat Wilayah Sabah: [email protected]

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan perniagaan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1-300-13-7862 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.