Advertisements

Permohonan Online Biasiswa Fair & Lovely 2018 Berjumlah RM200,000

Berita baik buat mahasiswi yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti terpilih, anda boleh membuat permohonan online Biasiswa Fair & Lovely 2018 yang akan ditutup pada 31 Mac nanti.

Biasiswa ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pemberian biasiswa tersebut beserta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan online.

Biasiswa Fair & Lovely 2018

Biasiswa ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah.

Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Kempen ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.

Permohonan biasiswa Fair & Lovely 2018 terbuka kepada semua siswi warga Malaysia yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti tempatan terpilih, dan juga siswi yang telah mendaftar sebagai pelajar secara rasmi sebelum 31 Mac 2018, kecuali siswi yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Kempen ini berlangsung.

Hanya 40 (empat puluh) Penerima biasiswa akan dipilih di kalangan 7 (tujuh) universiti yang memperoleh undi terbanyak selepas tamat Tempoh Kempen.

Undian

Untuk makluman, hanya pemohon-pemohon daripada 7 (tujuh) universiti dengan undi terbanyak akan terpilih untuk menerima biasiswa.

Oleh itu, bagi mencerahkan peluang untuk menerima biasiswa, sesiapa sahaja digalakkan untuk mengundi dengan mengkongsikan posting khusus yang disediakan bagi universiti-universiti yang terlibat.

Untuk undi universiti anda, layari https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2018/undi

Warga siswi dari universiti dengan undi terbanyak layak menerima Biasiswa Fair & Lovely 2018 bernilai RM5,000 dalam bentuk cek.

Penerima Biasiswa Fair & Lovely juga akan mendapat kelebihan-kelebihan berikut:

1. Menjadi ahli komuniti maya Fair & Lovely:

  • Penerima Biasiswa Fair & Lovely akan menjadi ahli komuniti maya Fair & Lovely dalam grup tertutup laman Facebook bersama-sama penerima Biasiswa Fair & Lovely 2018 lain dari semua universiti yang terpilih.
  • Sekiranya penerima Biasiswa Fair & Lovely tidak berminat untuk menyertai komuniti maya Fair & Lovely, penerima mempunyai pilihan untuk keluar dari grup tertutup laman Facebook ini tanpa sebarang syarat.

2. Diutamakan dalam sesi temu duga posisi pelatih praktikal di Unilever Malaysia:

  • Peluang membuat latihan praktikal berserta butiran lanjut seperti langkahlangkah permohonan, posisi-posisi pelatih praktikal yang dibuka dan tempoh/tarikh latihan praktikal akan diumumkan melalui komuniti maya Fair & Lovely
  • Penerima Biasiswa Fair & Lovely yang berminat hendaklah memohon posisi pelatih praktikal dengan lengkap terlebih dahulu menurut arahan yang tertera di laman komuniti maya Fair & Lovely.
  • Setelah lengkap permohonan, penerima Biasiswa Fair & Lovely dijaminkan slot temu duga fasa pertama iaitu melalui panggilan telefon bersama wakil Unilever Malaysia yang berkenaan.
  • Pemohon hendaklah menyatakan status mereka sebagai penerima Biasiswa Fair & Lovely semasa memohon posisi pelatih praktikal untuk mendapat jaminan slot temu duga.
  • Slot pelatih praktikal tertakluk kepada ketersediaan posisi praktikal dan juga prestasi pemohon dalam sesi temu duga.
  • Tempoh latihan praktikal adalah fleksibel mengikut keperluan pemohon dan syarikat Unilever Malaysia.

3. Mendapat maklumat terkini tentang peluang latihan praktikal dan sesi perkongsian eksklusif.

  • Komuniti maya Fair & Lovely (sila rujuk PAKEJ ANUGERAH 2(a) akan digunakan sebagai platform untuk mengumumkan peluang-peluang latihan praktikal, dan juga sesi perkongsian eksklusif bagi mendedahkan penerima Biasiswa Fair & Lovely kepada pemimpin-pemimpin wanita dalam dunia korporat, dan sumber-sumber kemahiran insaniah dan teknikal sebagai persediaan menghadapi alam karier selepas tamat pengajian.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2018/