Advertisements

Bantuan KADS1M 2018 Sebanyak RM250 Dikreditkan 15 Mac Ini

Sebanyak 710,830 KADS1M Debit-i telah dituntut daripada Bank Rakyat oleh mahasiswa yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih.

Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar. Namun penerima KADS1M tidak layak memohon BR1M 2018.

Kemaskini 9 Mac 2018

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan sebanyak RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut Universiti Awam dan swasta yang layak menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Pembayaran akan dibuat melalui Bank Rakyat bermula 15 Mac ini.

Permohonan KADS1M

Berikut prosedur permohonan KADS1M.

  1. Isi borang ePermohonan di Bank Rakyat
  2. Status permohonan akan disahkan melalui emel
  3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk mengambil KADS1M
  4. Masukkan nombor pin sebenar semasa proses pengambilan kad
  5. Lengkapkan pendaftaran perbankan Internet

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan

  • MyKad (Asal & 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
  • Surat Kebenaran dari Ibu / Bapa / Penjaga
  • 1 Salinan MyKad Ibu / Bapa / Penjaga
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat Pelajar / Pelanggan (Asal & 1 Salinan)

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454

Permohonan KADS1M terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara di bawah seliaan

  • Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Kementerian Sumber Manusia.
  • Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
  • Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK.

Kelebihan KADS1M Debit-i

  • Memudahkan ibu bapa untuk urusan deposit / kiriman wang kepada pelajar/anak.
  • 6% GST tidak dikenakan untuk Yuran Tahunan & transaksi di semua mesin ATM Bank Rakyat.
  • Transaksi tanpa tunai (cashless transactions) untuk sebarang urusan harian.
  • Nikmati diskaun dan rebat tambahan daripada promosi rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan juga MasterCard

Mungkin anda tidak tahu terdapat banyak tempat menarik dan kedai yang menyediakan diskaun setiap kali menggunakan KADS1M ini. Antaranya:

  • Desa Water Park: 15% discount on ticket
  • Bukit Merah Laketown Resort: 10% discount for waterpark, watereco & waterpark combo
  • The Lost World of Tambun: 10% discount on up to 6 entrance tickets per card
  • i-City: 10% discount at Snowalk & Water World
  • Clara International Beauty: 10% discount
  • KLIA Transit: 30% discount on one way ticket
  • Malaysia Airline System (MAS): 10% to 25% discount on Economy market fares, additional 10kg baggage allowance, parent to get 10% from applicable Economy market to parents of student for Induction and Graduation ceremonies
  • FireFly: 50% discounts on Y class fare, 20kg complementary checked baggage, complementary refreshment on board
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad: 5%-15% discount
  • MPH Bookstores: 10% discount on normal price book and stationery
  • Times Bookstore: 10% discount on normal-priced books, 5% discount on stationery anda magazines
  • Metro Diving Academy: RM200 Discount for New Driving License Class B2 and D
  • Mydin: Special price on selected non-food items
  • Rapid KL: Student RapidPass 50% discount for bus 33% discount for bus, LRT, Monorail
  • A&W: 50% discount on regular and large root beers
  • Daily Fresh: 10% discount
  • KFC: 5% discount for transaction below RM20
  • Little Taiwan: 10% discount on minimum RM30 purchase from ala carte menu
  • Marrybrown: 10% discount on total amount in a single receipt
  • Station One Cafe: 5% discount
  • The Chicken Rice Shop: Special student meal @ RM9.90 nett
  • Focus Point: 20% to 50% discounts on selected frames and sunglasses
  • Optical 88: 5% to 10% discount
  • Konokuniya Book Stores: 10% discount on normal price book.

Sumber: Twitter