Cabutan Wow! SSPN1M-Plus 2018: Hadiah Sehingga RM100,000

Ramai yang terlepas pandang tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSPN1M-Plus.

Setiap tahun PTPTN akan menganjurkan Cabutan Wow! SSPN1M-Plus bagi meraikan kesemua pendeposit skim tersebut.

Untuk makluman, skim tersebut melayakkan pendeposit mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun.

Antara keistimewaan lain skim ini termasuklah:

  1. Patuh syariah.
  2. Komitmen serendah RM30.00 sebulan.
  3. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM1 juta.
  4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  5. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  6. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  7. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pendeposit). Manfaat daripada skim ini dapat dinikmati oleh penerima manfaat yang berumur dari 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

Pembukaan Akaun SSPN1M-Plus

Bagi anda yang berminat untuk menabung demi masa depan anak-anak, anda boleh membuka akaun SSPN1M-Plus secara online melalui laman web rasmi PTPTN di sini https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/

Tiada dokumen sokongan diperlukan ketika proses pendaftaran kecuali anda mendaftar bagi pihak anak angkat.

Simpanan boleh dibuat sama ada melalui potongan gaji, auto debit, perbankan Internet, JomPay atau di mana-mana kaunter PTPTN berhampiran.

Bayaran hendaklah dibuat pada setiap bulan mengikut komitmen bulanan yang ditetapkan sebelum tarikh bayaran.

Cabutan Wow! SSPN1M-Plus

Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN1M-Plus dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.

Pendeposit layak untuk memenangi hadih berikut:

cabutan wow sspn1m plus

Hadiah 1: 1 xPakej Percutian Keluarga Dalam Negara Bernilai RM4,000 + RM1,5000
Saguhati: 30 x Tiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara Bernilai RM1,500 + RM500

Hadiah 1: 4 x Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000

Hadiah 1: 1 x RM100,000
Hadiah 2: 2 x RM50,000
Hadiah 3: 3 x RM10,000
Saguhati: 4,000 x RM200

Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan didepositkan ke akaun SSPN1M-i Plus.

Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.

PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang.

Info lanjut layari portal rasmi PTPTN.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...