Program vaksinasi Human Papillomavirus atau suntikan vaksin HPV kini diberikan secara percuma namun terhad untuk 27,000 orang sahaja.
Berikut dikongsikan prosedur suntikan tersebut juga senarai Kliknik Nur Sejahtera LPPKN 2018.
Jika anda wanita warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 1991 hingga 1996, anda boleh mendapatkan suntikan tersebut di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.
Kuota tahun 2018 adalah sebanyak 27,000 orang sahaja dan diagihkan untuk semua pusat LPPKN seluruh Malaysia. First come first serve.
Suntikan vaksin HPV juga hanya untuk wanita bujang yang belum berkahwin, tidak hamil dan tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
Info Suntikan Vaksin HPV
Pemberian suntikan vaksin HPV secara percuma sudah diamalkan sejak pembentangan Bajet 2012 lagi. Tujuannya untuk mencegah kanser serviks.
HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seksual.
Setiap wanita yang melakukan hubungan seksual berisiko dijangkiti HPV.
Untuk makluman, kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV. Tetapi tidak semua jangkitan HPV mengakibatkan kanser serviks.
Jadi pemberian vaksinasi HPV dapat mencegah risiko tersebut.
Dan sebaik-baiknya vaksin ini diberi sebelum hubungan kelamin berlaku.
Vaksin ini adalah halal dan diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak tiga kali suntikan dalam tempoh enam bulan mengikut jadual berikut:
- Dos Pertama: Tarikh vaksinasi pertama diberikan
- Dos Kedua: 1 bulan selepas suntikan pertama
- Dos Ketiga: 6 bulan selepas suntikan pertama
Namun, jika anda sudah berkahwin dan lahir sebelum tahun 1991, anda masih boleh mendapatkan suntikan vaksin ini dengan harga RM540 untuk keseluruhan (RM180 setiap suntikan).
Senarai Klinik Nur Sejahtera LPPKN
Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin HPV ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara. Sila hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan untuk membuat temujanji.
Berikut dikongsikan beberapa senarai Klinik Nur Sejahtera LPPKN mengikut negeri:
Perlis
- KNS Kangar
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis
Kedah
- KNS Alor Setar
Fasa 2C, Kompleks Kesejahteraan Keluarga, Pusat Pentd. K’jaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, 06550 Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. - KNS Baling
71, Jalan Tuanku Badlishah, 09100 Baling, Kedah. - KNS Sg. Petani
No.21 & 21A, Lorong BLM 1/15, Bandar Laguna Merbok, 08000, Sungai Petani, Kedah. - KNS Kulim
No.1530, Jalan Hospital Lama, 09000 Kulim, Kedah.
Pulau Pinang
- KNS Jalan Burmah
Pejabat LPPKN Cawangan Jalan Burmah, No. 245, Jalan Burmah, 10790 Pulau Pinang - KNS Seberang Jaya
14, Jalan Hala Kalui, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang - KNS Bertam
8875, Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Perak
- KNS Ipoh
- Klinik Subfertiliti Ipoh
- KNS Tanjung Malim
- KNS Manjung
- KNS Kuala Kangsar
- KNS Taiping
- KNS Parit Buntar
Kuala Lumpur
- KNS OUG
- KNS Kepong
- KNS PPUM
- KNS Jalan Raja Laut
- Klinik Subfertiliti
Putrajaya
- KNS Putrajaya
Selangor
- KNS Shah Alam
- KNS Lebuh Tapah
- KNS Selayang
- KNS Kajang
- KNS Ampang
Untuk rakyat Selangor, kerajaan negeri juga menyediakan suntikan vaksin pneumokokal secara percuma untuk rakyat negeri itu.
Negeri Sembilan
- KNS Seremban 2
- KNS Senawang
- KNS Port Dickson
Melaka
- KNS Ayer Keroh
Johor
- KNS Johor Bahru
- KNS Subfertiliti Johor Bahru
- KNS Batu Pahat
- KNS Kluang
- KNS Kota Tinggi
- KNS Muar
- KNS Pontian
- KNS Segamat
Pahang
- KNS Kuantan
- KNS Bentong
- KNS Raub
- KNS Mentakab
- KNS Kuala Lipis
Kelantan
- KNS Kota Bharu
Terengganu
- KNS Kuala Terengganu
- KNS Dungun
- KNS Besut
Sabah
- KNS Kota Kinabalu
- KNS Sandakan
Sarawak
- KNS Kuching
- KNS Miri
- KNS Sibu
Wilayah Persekutuan Labuan
- KNS Labuan
Untuk melihat alamt penuh setiap Klinik Nur Sejahtera LPPKN ini, layari portal rasmi LPPKN.