Advertisements

Tambah Nilai Touch ‘n Go Melalui Aplikasi Terbaru Android & iOS

Kini anda boleh tambah nilai Touch ‘n Go melalui aplikasi yang baru dilancarkan untuk Android dan juga iOS. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menghubungkan kad kredit / debit bagi tujuan tambah nilai.

Mengikut satu laporan, Bank Negara Malaysia sebelum ini telah pun meluluskan beberapa penawaran syarikat digital untuk membangunkan perkhidmatan e-wallet Touch ‘n Go.

Perkhidmatan tersebut akan diuruskan oleh TNG Digital yang merupakan anak syarikat gabungan Touch ‘n Go dan Alipay.

Baca juga: Terima Bayaran Terus Ke Akaun Anda Melalui Maybank QRPAY

Aplikasi Touch ‘n Go

Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh membuat pemindahan antara pengguna TNG yang lain, membuat pembayaran bil, membuat tambah-nilai prabayar, membeli tiket wayang, membeli tiket penerbangan dan sebagainya.

Pengguna turut boleh menggunakannya dalam menggunakan aplikasi ini untuk memindahkan dana ke kad fizikal Touch ‘n Go – tetapi dengan menggunakan panel khusus untuknya.

e-Wallet Touch ‘n Go ini juga hadir dengan sokongan kod QR untuk tujuan pembelian di kedai fizikal, sekaligus memudahkan anda membuat transaksi tanpa tunai (cashless) melaluinya.

Disamping itu, aplikasi ini juga kelak akan digunakan untuk pengurusan tag RFID – iaitu inisiatif baru dalam membolehkan penggunaan lebuh-raya tanpa plaza tol untuk menerima bayaran. Dengan integrasi ini, ia sekaligus akan meningkatkan lebih ramai pengguna menggunakan aplikasi ini pada masa akan datang.

Pihak TNG masih belum mengumumkannya secara rasminya. Tetapi memandangkan aplikasi Touch ‘n Go ini telah diterbitkan di Google Play Store dan Apple AppStore, sesiapa sahaja kini boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Touch ‘n Go untuk Android

Muat-Turun Touch ‘n Go untuk iPhone

Berikut dikongsikan cara tambah nilai e-Wallet Touch ‘n Go tersebut:

  1. Pastikan ada balance dalam wallet Touch n Go. Yang ni boleh reload guna Debit Card, Credit Card, Online Banking atau beli pin no kat merchant.
  2. Transfer amount ke Touch and Go anda dengan enter refno card anda. Atau pun boleh add card ke dalam favorites list.
  3. Lepas transfer successful, dalam masa 24 jam anda perlu Touch ke ‘mesin’ ni barulah dia update balance card anda. Ini mesin baru, hanya ada 2 sahaja di Malaysia. Masih dalam Testing.
  4. Kalau dalam masa 24 jam anda tidak Touch Card anda ke ‘mesin’ ni, duit yang anda Transfer akan masuk semula ke e-wallet.

Sumber: Amanz