Advertisements

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018

Selain skim MyHome, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan atau KPKT juga menyediakan skim Pinjaman Perumahan (SPP) kepada bukan kakitangan kerajaan.

Melalui skim ini, Kerajaan menyediakan dana untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini mampu memiliki rumah sendiri.

Untuk pembiayaan deposit rumah pertama, anda boleh rujuk skim MyDeposit 2018.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018

Skim ini diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

Munurut maklumat dari portal rasmi KPKT, Kumpulan wang ini  telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.

Tujuan utama diwujudkan skim ini adalah untuk menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Melalui SPP 2018, Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.

Syarat Kelayakan SPP

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan untuk memohon SPP 2018. Antaranya:

  1. Pemohon / pasangan mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 hingga 70 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  5. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Had pinjaman maksimum yang disediakan adalah sebanyak RM60,000.

Tempoh pembayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun. Caj 2% turut dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat.

Setiap pemohon perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

Manakala bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun, antara syarat wajib yang perlu dipenuhi ialah penama kedua mestilah berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.

Pemohon boleh mencagar tanah dengan syarat tanah yang dicagarkan milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

  1. Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  2. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
  3. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  4. Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

Baca juga: Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018

Syarat Pembinaan Rumah

Berikut adalah syarat pembinaan rumah di bawah SPP yang ditetapkan oleh KPKT.

Bagi rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur, syaratnya adalah seperti:

  1. Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  2. Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  3. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  4. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  5. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  6. Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  7. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  8. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

Pemohon boleh muat turun contoh pelan yang disediakan JPN melalui link berikut;

Download contoh Pelan 1

Download contoh Pelan 2

Cara Memohon

Pemohon perlu mengisi borang permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 yang boleh dimuat turun di sini.

Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Perubatan Negara seperti di alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Perumahan
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269

Sebarang persoalan lanjut boleh menguhungi emel [email protected]