Bagi anda yang bekerja sektor swasta, kerajaan ada memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai skim MyHome 2020.
Melalui skim ini, kerajaan menyediakan insentif sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah yang ingin dibeli.
Baca juga: Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome
Skim MyHome telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.
Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.
Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Skim MyHome 2020 dijangka akan dibuka semula pada 20 Januari ini.
Sekiranya berminat anda boleh mohon di portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara KPKT.
Syarat Kelayakan
Permohonan Skim MyHome 2019 terbuka kepada anda yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pembelian rumah pertama
- Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
- Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
Setiap permohonan akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.
Baca juga: Senarai Pinjaman Perumahan Terbaik
Ciri-Ciri Rumah MyHome 2020
Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut dikongsikan antara ciri-ciri lain rumah MyHome.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MyHome di https://sprn.kpkt.gov.my/info/myhome
Setiap permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan majikan
- Salinan penyata gaji terbaru
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
- Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Dokumen yang dinyatakan perlu dimuat naik ke sistem MyHome.
Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi KPTKT. Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor berikut 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062 atau melalui emel [email protected]