skim pencen sektor awam

Skim Pencen Sektor Awam: Formula Pengiraan & Jenis Persaraan 2019

Perhatian penjawat awam, berikut dikongsikan maklumat terkini tentang skim pencen sektor awam dan formula pengiraan ganjaran perkhidmatan mengikut gaji anda.

Turut dikongsikan jenis-jenis persaraan yang perlu anda tahu.

Sebelum itu, sedikit pengenalan tentang apa itu persaraan; Persaraan merupakan status seorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya (pesara).

Kebiasaannya persaraan berlaku bila pekerja mencapai had umur tertentu yang telah ditetapkan.

Setiap penjawat awam yang telah mendapat pengesahan jawatan akan diberi opsyen sama ada untuk memilih skim persaraan KWSP atau skim pencen sektor awam.

Skim Caruman KWSP

Jika anda memilih skim KWSP, maka caruman pekerja akan dipotong daripada gaji setiap bulan di samping caruman oleh majikan (Kerajaan).

Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat jika pencarum mencapai had umur persaraan wajib yang telah ditetapkan.

Skim Pencen Sektor Awam

Bagi yang menolak skim KWSP, anda secara automatik memilih skim pencen sektor awam dan akan menerima Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh SPA / JPA.

SPA menguruskan urusan PTB untuk pegawai awam Persekutuan dan pentadbir Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

Manakala JPA menguruskan PTB untuk Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Untuk lebih faham tentang prosedur persaraan anggota sektor awam, sila rujuk carta di bawah:

skim pencen sektor awam 2018

Jenis-Jenis Persaraan

Terdapat empat (4) jenis skim persaraan penjawat awam.

Persaraan Paksa

Mana-mana penjawat awam dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya:

1. Mencapai umur 55 atau 56 tahun

  • Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun.
  • Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

2. Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit

Pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995.

Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

3. Jawatan yang mereka sandang dihapuskan

Sekiranya jawatan yang disandang oleh pegawai/pekerja berpencen dimansuhkan, maka penyandangnya hendaklah dibersarakan.

4. Penyusunan semula organisasi

Penyusunan semula organisasi boleh menyebabkan sejumlah jawatan yang diluluskan kepada agensi awam tersebut tidak diperlukan lagi. Jika ini berlaku pegawai/pekerja berpencen yang terlibat hendaklah dibersarakan.

5. Pekerjaan pegawai/pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam

Pegawai/pekerja berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan berkelakuan menjejaskan kepentingan awam tetapi tiada tindakan disiplin yang berkesudahan dengan buang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Faedah persaraan kepada mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen dengan satu kadar yang disusutkan.

6. Memperoleh kewarganegaraan asing

Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986 hendaklah dibersarakan sekiranya memperoleh kewarganegaraan asing (selain daripada perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau telah mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Mereka tidak layak diberi sebarang faedah persaraan.

7. Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam perkhidmatan Awam

Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 hendaklah dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikannya ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah peluang yang munasabah untuk membuat representasi bagi kesnya.

Persaraan Dengan Kehendak Kerajaan

Sekiranya kerajaan menghendaki dan pegawai/pekerja berpencen pula bersetuju, persaraan seperti berikut boleh juga berlaku:

1. Demi kepentingan negara

Sekiranya kerajaan menghendaki seseorang pegawai/pekerja berpencen untuk dilantik ke satu jawatan lain di bawah kuasa melantik yang berlainan, dan dipersetujui oleh pegawai/pekerja tersebut, maka ia bolehlah dibersarakan demi kepentingan negara.

2. Demi kepentingan perkhidmatan awam atau perkhidmatan Badan Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan

Kerajaan boleh menghendaki seorang Pegawai/pekerja berpencen yang berprestasi rendah atau merosot bagi satu jangkamasa yang lama atau menghadapi masalah kesihatan yang berpanjangan tetapi tidak sampai ke tahap boleh dihadapkan ke Lembaga Perubatan, sekiranya mereka bersetuju, bolehlah dibersarakan.

Persaraan Pilihan

Persaraan pilihan sendiri hanya layak kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja:

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)

Persaraan Disebabkan Penswastaan

Dengan kelulusan Kerajaan, anggota berpencen boleh dibersarakan apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan.

Faedah Persaraan

Berikut adalah faeda persaraan penjawat awam. Antaranya:

  1. Ganjaran Perkhidmatan
  2. Pencen Perkhidmatan
  3. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Pemberian ganjaran perkhidmatan adalah secara sekaligus (wang hadiah). Formula pengiraan seperti berikut:

Manakala pencen perkhidmatan dibayar setiap bulan sepanjang hayat. Cara pengiraan jumlah pencen daripada gaji anda adalah seperti berikut:

Award wang tunai gantian cuti rehat pula dikira berdasarkan jumlah cuti rehat yang tidak digunakan dan dikumpulkan sepanjang tempoh perkhidmatan terhad kepada maksimum 150 hari sahaja.

Bagaimana jika penjawat awam / pesara meninggal dunia? Adakah waris akan terus menerima pencen?

Jawapannya ya. Waris akan terus menerima pencen melalui Faedah Terbitan.

Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia. Formula penghitungan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.

Jenis Faedah Terbitan

Terdapat beberapa jenis faedah terbitan yang dibayar kepada tanggungan atau wakil pesara yang telah meninggal dunia. Antaranya:

  1. Bantuan Mengurus Jenazah RM3,000
  2. Ganjaran Terbitan
  3. Pencen Terbitan (Bulanan)
  4. Gantian Cuti Rehat
  5. Pencen Tanggungan (Bulanan)
  6. Ex-Gratia Terbitan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Portal Pencen JPA di sini http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp