Advertisements

Cara Buang Blacklist PTPTN Tanpa Perlu Membayar Semua Tunggakan

Apa kesan tak bayar PTPTN? Pertama nama anda akan masuk senarai blacklist PTPTN dan dihalang ke luar negara. Kedua rekod CCRIS anda terjejas dan menyukarkan anda untuk memohon sebarang jenis pinjaman termasuk jual beli kenderaan dan pinjaman perumahan.

Namun jika tunggakan bernilai belasan ribu ringgit, mampukah anda membayar kesemuanya sekali gus? Atau separuh daripadanya?

Jika tidak mampu, sila ikut langkah-langkah di bawah untuk keluarkan nama anda dari senarai hitam PTPTN secepat mungkin.

Diskaun 20% PTPTN

Sementara itu, bagi anda yang berkemampuan layak menerima diskaun bayaran balik sehingga 20% sekiranya membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018.

Untuk melihat keseluruhan baki hutang pinjaman, layari Semakan Penyata Pinjaman PTPTN.

Contoh pengiraan pemberian diskaun 20% adalah seperti berikut:

Baki hutang keseluruhan pada 1 Okt 2017 = RM15,000
a. Bayaran pada 10 Okt 2017 = RM 7,500
Diskaun 10% = RM 750

Baki hutang pada 27 Okt 2017 = RM 6,750
b. Bayaran balik pada 28 Okt 2017 = RM 5,400
Diskaun 20% = RM 1,350

Semakan Imigresen PTPTN

Bagi anda yang mempunyai tunggakan PTPTN dan berhajat ke luar negara dalam tempoh terdekat, pastikan nama anda tidak lagi disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Jika gagal berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat memperbaharui passport dan dihalang ke luar negara.

Menurut kenyataan rasmi PTPTN, peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.

Untuk semakan status Imigresen, layari http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Semakan Blacklist PTPTN

Kemudian semak baki pinjaman PTPTN anda di sini http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan. Kemudian klik pada “Penyata Baki”

Pada bahagian tersebut anda boleh nampak berapa jumlah tunggakan terkini seperti gambar di bawah:

tunggakan ptptn

Untuk keluar dari blacklist PTPTN, pastikan anda membayar sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah tunggakan semasa.

Atau anda boleh hubungi pegawai PTPTN untuk rundingan.

Pengeluaran Akaun II KWSP Untuk Bayaran Balik PTPTN

Selain itu, anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membuat bayaran balik PTPTN. Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Daftar i-Akaun di portal rasmi KWSP
  2. Hubungi careline PTPTN di 03-2193 3000
  3. Semak status permohonan melalui SMS
  4. Hadir ke KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP

KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.

Yang penting anda kena berunding dengan pegawai PTPTN.

Mengikut pengalaman, ada yang berjaya gabungkan pinjaman PTPTN ijazah + diploma dan cuma perlu bayar RM500 sahaja untuk proses itu. Bulanan cuma perlu bayar RM190+ selama 186 bulan.

Yang penting hutang tetap bayar.

Pada masa sama nama anda pun dah “clear” dari blacklist PTPTN & CCRIS.