Advertisements

Permohonan BPTAR 2020: Bantuan Pelajaran B40 IPTA RM300 Sebulan

Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA) Dalam Negara untuk memohon Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak atau BPTAR 2020.

Untuk makluman, bantuan pelajaran ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. 

BPTAR 2020 diberikan khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar atau B40 bagi membantu menampung kos sara hidup mereka semasa di IPTA/UA.

Pelajar-pelajar yang layak menerima BPTAR 2020 akan mendapat bantuan sebanyak RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian.

Penerima yang akan menerima BPTAR 2020 bagi setiap universiti adalah seramai 15 orang sahaja bagi mereka yang layak.

Permohonan untuk BPTAR 2020 telah dibuka dan akan ditutup pada 9 Disember 2020.

Mengenai Yayasan Tunku Abdul Rahman

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 1966 hasil inisiatif gagasan Utusan Melayu atau kini dipanggil sebagai Utusan Malaysia.

Pembiayaan bantuan pelajaran dibawah YTAR bermula dengan tabung sumbangan kumulatif para pemimpin Malaysia yang bersemangat membantu pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik. 

Walaupun pada asalnya ia bermula dengan hasrat membantu orang Melayu yang miskin, namun tabung ini berkembang dengan cepat untuk membantu kaum-kaum lain di Malaysia selain memperingati dan memberi penghormatan kepada Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah menyatukan rakyat Malaysia.

Sejak penubuhannya, telah ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang datang daripada keluarga miskin atau B40 yang menikmati pembiayaan bantuan pelajaran daripada YTAR.

Syarat Permohonan BPTAR

Pelajar yang berhasrat untuk memohon BPTAR 2020 perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia. 
  2. Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA. 
  3. Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah. 
  4. Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon.

Cara Memohon

Pelajar yang ingin memohon perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di link berikut https://drive.google.com/file/d/1RNR9Y4FaL0Hts4MnzG9h9JDzdMe1i95a/view.
  2. Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan tangan dan huruf besar atau ditaip.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Emel borang yang lengkap diisi bersama dokumen kepada pihak universiti sebelum tarikh tutup permohonan.
  5. Alamat emel tersebut boleh dirujuk seperti di bawah.
Nama IPTA/UAAlamat Emel
Universiti Malaya[email protected]
Universiti Sains Malaysia[email protected]/
[email protected]
Universiti Teknologi Malaysia [email protected]
Universiti Kebangsaan Malaysia[email protected]
Universiti Pendidikan Sultan Idris[email protected]
Universiti Teknologi Mara[email protected]

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan terbabit perlu dilampirkan bersama borang permohonan iaitu:

  1. Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  2. Surat pengesahan majikan ibu bapa.
  3. Dokumen lain (sekiranya ada).

Maklumat Tambahan

Perlu diingatkan bahawa pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir
semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR.

Selain itu, mereka juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.

Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web YTAR iaitu https://www.yayasantar.org.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.