Advertisements

Tutorial Cara Keluarkan Duit ATM Tanpa Menggunakan Kad

Bolehkah withdraw duit tanpa menggunakan kad ATM?

Jawapannya boleh.

Berikut dikongsikan tutorial ringkas cara keluarkan duit ATM tanpa menggunakan kad semudah ABC.

Proses ini dipanggil cardless withdrawal.

Namun had pengeluaran hanya RM300 sehari.

Baca: Panduan Cara Daftar & Semak ASB Online

Cara Keluarkan Duit ATM Tanpa Kad

Perkongsian cara keluarkan duit ATM tanpa kad ini dibuat oleh Puan Nur Aliah Mohd Nor di Facebook beliau.

Kami kongsikan semula perkongsian beliau di bawah:

Tertinggal Kad Atm? Guna Je Maybank2u Untuk Keluarkan Duit Di Atm. Sangat Mudah Dan Cepat. Ni Caranya.

Benda paling menakutkan adalah bila keluar rumah je baru sedar tertinggal kad bank di rumah!

Bukan kad bank je yang tertinggal, dompet sekali tertinggal ni. Yang ada cuma handphone je. Bayangkan ketika itu anda nak belanja family makan, atau nak pergi beli barang dapur, duit langsung tak ada ni.

Nak U-Turn ke rumah balik mesti malaskan. Jangan risau, ada solusinya, syarat anda mesti pengguna Maybank2u, ada handpone dan line internet. Ada 3 perkara ni InshaaAllah anda boleh keluarkan duit kat mana-mana ATM tanpa menggunakan kad ATM.

Gambar di bawah ini Lia akan tunjukkan step by step yang anda boleh follow. Lia harap perkongsian ini sangat memberi manfaat buat anda semua ya.

Langkah 1: Login Maybank2u

pengeluaran tanpa kad

Untuk menggunakan perkhidmatan cardless withdrawal ini anda perlu mempunyai akaun Maybank2u. Sila login ke akaun anda dan pergi ke bahagian Quick Link

Langkah 2: Pilih Transfer

Langkah 3: Pilih Cardless Withdrawal

cardless withdrawal

Langkah 4 & 5: Masukkan Amaun

Sila masukkan berapa banyak anda ingin keluarkan. Perlu diingatkan had pengeluaran hanya RM300 sahaja.

Kemudian klik “Continue”

Langkah 6 & 7: Request TAC

Seperti biasa anda perlu request TAC dan masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan.

Kemudian klik “Confirm”

Siap! Anda akan menerima SMS kod 16 digit untuk digunakan di ATM nanti.

Seterusnya anda boleh pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berhampiran untuk keluarkan duit anda.

Di ATM, sila ikuti langkah mudah berikut:

Langkah 8: Pilih Bahasa

Langkah 9: Pilih Pengeluaran Tanpa Kad

Langkah 10: Klik Teruskan

Langkah 11 & 12: Masukkan kod 16 digit transaction ID yang anda terima tadi. Kemudian klik YA.

Langkah 13 & 14: Masukkan withdrawal code 6 digit yang dapat dalam SMS tadi, dan klik YA.

Dah berjaya keluarkan RM100 dari ATM tanpa menggunakan kad. Senang kan?

Lepas ni tak perlu risau kalau tertinggal kad ATM di rumah. Tapi kalau anda jenis berbelanja sakan tu terpaksalah patah balik ambil kad di rumah. RM300 mana cukup kan?

Semoga perkongsian ini memudahkan kerja anda nanti. Sekiranya bermanfaat, mohon kongsikan di Facebook, Twitter, WhatsApp dan Telegram.