Bagaimana untuk kemaskini maklumat pendapatan peminjam PTPTN?
Kelmarin Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata setiap peminjam yang bergaji bawah RM4,000 WAJIB mengemaskini maklumat pendapatan di portal rasmi PTPTN bagi melayakkan anda membuat penangguhan bayaran semula pinjaman.
Namun disebabkan masih ramai yang tak tahu cara untuk kemaskini, berikut dikongsikan manual pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam PTPTN.
Pengemaskinian boleh dibuat bermula hari ini sehingga selewat-lewatnya 25 Julai 2018.
Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN
Antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah untuk menghapuskan dasar senarai hitam PTPTN dan menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji bawah RM4,000 sebulan.
Jadi selepas ini peminjam PTPTN bebas ke luar negara tanpa sebarang sekatan. Namun perlu diingatkan, PTPTN masih melaksanakan CCRIS ke atas semua peminjam.
Maknanya setiap peminjam yang culas membayar pinjaman akan menjejaskan rekod CCRIS masing-masing.
Akibatnya peminjam akan menghadapi kesukaran memohon sebarang jenis pinjaman sama ada pinjaman kenderaa mahu pun pinjaman perumahan.
Bagi peminjam yang masih mempunyai baki hutang, anda layak untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman.
Namun anda diwajibkan untuk kemaskini maklumat pendapatan secara online di portal rasmi PTPTN.
Tujuan pengemaskinian adalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan peminjam, pekerjaan dan perhubungan yang terkini bagi tujuan merangka dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman berasaskan pendapatan peminjam.
Jika anda tidak mengemaskini maklumat, PTPTN menganggap anda tidak berminat untuk membuat penangguhan bayaran balik dan anda tidak akan tertakluk kepada sebarang pelaksanaan dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman.
Untuk makluman, PTPTN telah pun selesai mengeluarkan nama seramai 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.
Para peminjam boleh melayari www.ptptn.gov.my untuk mengemaskini maklumat anda atau hubungi talian Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 untuk sebarang maklumat lanjut.
Manual kemaskini maklumat pendapatan peminjam PTPTN adalah seperti berikut: