Cara Permohonan dan Penebusan eBelia Rahmah sebanyak RM 200 telah pun bermula, dan anda boleh menebusnya melalui aplikasi Setel!
eBelia Rahmah ini merupakan insiatif kerajaan dalam membantu golongan muda berusia 18 hingga 20 tahun, atau individu yang berstatus aktif sebagai pelajar di Institut Pengajian Tinggi terpilih.
Kadar bantuan ini telah dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 dan akan dikreditkan ke dalam e-wallet individu yang melakukan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Permohonan dan penebusan bantuan ini boleh dilakukan melalui aplikasi Setel dan untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkannya, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Pengenalan eBelia Rahmah
- Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
- Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
- Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyediaperkhidmatan e-dompet yang terpilih.
- Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Kadar Bantuan eBelia Rahmah Setel
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi bantuan ebelia rahmah ini, dan sebanyak 2 Juta individu berkelayakan akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Setiap individu yang memohon dan berkelayakan akan menerima RM200, dan bantuan ini akan dikreditkan ke dalam e-wallet mereka.
Syarat Kelayakan eBelia Rahmah
Syarat kelayakan bagi individu yang layak memohon dan menerima bantuan e-tunai ini adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
Tempoh Permohonan & Penebusan
Bagi individu yang telah memenuhi syarat kelayakan anda boleh melakukan permohonan bantuan ebelia ini bermula daripada 26 Jun 2023 (8:00 pagi) sehingga 22 Ogos 2023 (11:59 malam).
Dan setelah memperoleh bantuan tersebut, anda perlu memastikan anda membelanjakannya selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2023 (11:59 malam), kerana selepas tarikh tersebut, baki kredit e-Belia Rahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-wallet pemohon.
Cara Penebusan di Aplikasi Setel
- Muat turun platform Setel berdasarkan kesesuaian peranti anda.
- Daftar akaun baharu jika anda pengguna baru/Log in jika anda pengguna sedia ada
- Buka aplikasi Setel dan sentuh ikon eBeliaRahmah.
- Baca tawaran, terma, dan syarat. Bila selesai, anda boleh ‘Tuntut sekarang’.
- Pengguna yang belum disahkan perlu membuat eKYC. Pengguna yang sah boleh mengisi borang permohonan.
- Permohonan anda akan disemak dalam masa 1-3 hari bekerja.
- Anda akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan.
Cara Penggunaan eBelia Rahmah Di Aplikasi Setel
Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBelia Rahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan “peer-to-peer”.
- Penebusan tunai.
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
- Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol.
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Maklumat Lanjut
Anda boleh memperoleh maklumat tambahan melalui aplikasi Setel atau anda boleh merujuk pada dokumen di bawah:
Baca juga: