Anda dipanggil menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan baru dalam perkhidmatan awam?
Berikut dikongsikan penerangan tentang apa itu ujian psikometrik dan beberapa contoh soalan yang sering ditanya.
Untuk makluman, ujian psikometrik merupakan ujian bagi menguji tahap pemikiran, personaliti, sahsiah, dan psikologi calon.
Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan hanyalah 15 minit sahaja.
Calon hanya perlu memilih jawapan sama ada “YA” atau pun “TIDAK”.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Berikut adalah contoh soalan ujian psikometrik dari peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sebelum ini.
Antara skop soalan yang sering ditanya termasuklah:
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Sekiranya anda inginkan set soalan yang lebih lengkap, kami syorkan anda untuk mendapatkan contoh soalan ujian psikometrik di sini.
Berikut adalah contoh soalan tahun-tahun sebelum ini.
1. Saya akan merasa menyampah bila orang lain berperangai pelik
A. Ya
B. Tidak
2. Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan yang setia sanggup membimbingnya
A. Ya
B. Tidak
3. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
A. Ya
B. Tidak
4. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti
A. Ya
B. Tidak
5. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
A. Ya
B. Tidak
6. Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah
A. Setuju
B. Tidak Setuju
7. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya
A. Ya
B. Tidak
Jika anda perasan soalan-soalan yang ditanya sekadar menguji personaliti dan nilai positif yang ada pada calon.
Tip menjawab seksyen ini cukup mudah, sila jawab dengan konsisten. Bukan bermaksud jika jawapan anda “Ya”, maka dari awal sampai habis jawapan anda wajib “Ya”, tetapi tunjukkan personaliti anda yang konsisten positif dalam setiap perkara.
Ingat! Tonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif anda.
Portal Psikometrik SPA: http://psikometrik.spa.gov.my/
Download Ebook Rujukan Ujian Psikometrik
Sepanjang berkongsi info-info berkaitan maklumat kerjaya dalam perkhidmatan awam, kami perhatikan ada satu pasukan yang begitu konsisten membantu calon-calon peperiksaan SPA untuk lulus dengan cemerlang.
Dan terkini mereka telah melancarkan ebook rujukan Ujian Psikometrik yang anda boleh download di sini.
Selepas diteliti ebook tersebut, kami dapat isi kandungannya lengkap termasuk:
- Tip jawab soalan
- Contoh soalan
- Cara jawab soalan supaya tidak tersasar
- Perangkap-perangkap Psikometrik
- Dan apa yang bakal menggagalkan ujian anda
Jadi kepada calon-calon ujian psikometrik, Semakan Online syorkan anda untuk download ebook rujukan di sini.
Pastinya pelaburan anda tidak sia-sia.