Cover Letter atau dalam bahasa Melayunya, “Surat Iringan” merupakan antara salah satu dokumen penting selain resume, yang perlu anda serahkan sewaktu melakukan permohonan kerja.
Hal ini demikian kerana, ia membantu dalam memperkenalkan diri anda kepada syarikat tersebut, sebelum mereka melihat resume anda.
Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menulis surat iringan yang baik, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Cover Letter?
Cover Letter atau surat iringan adalah dokumen yang dihantar bersama-sama dengan resume sebagai dokumen sokongan yang menyatakan maklumat lanjut berkenaan kemahiran dan pengalaman anda dengan lebih terperinci.
Berbeza dengan resume yang hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda, surat iringan ini berfungsi dalam memberitahu bakal majikan kenapa anda layak memegang jawatan tersebut.
Oleh itu, penulisan surat iringan ini adalah sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan.
Format Penulisan
Penulisan Cover Letter tidaklah sesukar mana anda hanya perlu memastikan semua perkara di bawah berada dalam dokumen tersebut:
- Alamat anda, Alamat dan jawatan penerima (bakal majikan) dan Tarikh
- Butiran Diri (Perkenalkan diri anda secara ringkas) dan nyatakan tujuan penulisan surat dan jawatan yang ingin dimohon
- Menyatakan cara-cara anda boleh menyumbang kepada syarikat tersebut
- Menyatakan mengapa anda pilihan terbaik bagi syarikat tersebut dan mengapa syarikat tersebut menjadi pilihan anda
Nota: Elak daripada mengulangi maklumat sedia ada dalam resume dan jangan masukkan maklumat palsu.
Dibawah merupakan format penulisan cover letter yang boleh anda ikuti:
Contoh Cover Letter
Dibawah merupakan contoh-contoh penulisan surat iringan yang boleh anda ikuti:
Dibawah merupakan cara penulisan cover letter dan resume daripada Havard University yang boleh anda jadikan panduan dalam penulisan surat iringan anda:
Diharapkan dengan maklumat ini, anda dapat menulis surat iringan yang baik, dan mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.
Baca juga: