Advertisements

Saiz Kaki: Bentuk Kaki, Cara Ukur dan Jenis Saiz Kasut

Sudah tentu apabila ingin membeli kasut kita akan membeli kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki kita, dan perkara ini sangat mudah untuk kita tentukan apabila melakukan pembelian secara bersemuka di kedai-kedai kasut.

Namun begitu, dengan kecanggihan teknologi yang semakin membangun, ramai mula memilih untuk membeli barangan mereka secara atas talian, dan dengan jenis saiz kasut yang pelbagai mengikut negara, perkara ini agak merumitkan dan mungkin menyebabkan anda tersalah memilih saiz kasut.

Oleh itu, kami akan mengajar anda bagaimana anda boleh menentukan saiz kasut anda, untuk mengetahui lebih lanjut teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini.

Bentuk Kaki

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengukur saiz kaki anda dan ahli keluarga anda, namun begitu perkara paling penting yang perlu anda tahu sebelum membeli sesebuah kasut adalah jenis bentuk kaki anda.

Hal ini demikian kerana, walaupun anda sudah mengetahui saiz anda, tetapi jika ia tidak bersesuaian dengan bentuk kaki anda, ia akan menyebabkan anda tidak selesa dan mungkin juga merasa sakit sewaktu menggunakan kasut tersebut.

bentuk-kaki

Dibawah adalah bentuk kaki yang perlu anda tahu:

  1. Normal
    • Kaki dalam keadaan normal adalah bentuk kaki yang mempunyai sedikit lengkungan di antara ibu jari dengan tumit.
    • Bentuk kaki ini sesuai dengan semua jenis kasut.
  2. Flat Feet (Kaki Rata/Kaki Mendatar)
    • Keadaan di mana kaki menjadi rata apabila berdiri (tapak kaki secara keseluruhan menyentuh lantai) dan menghala keluar
    • Tiada atau kurang lengkungan di antara ibu jari kaki dengan tumit
    • Kasut jenis overpronator sesuai dengan bentuk kaki ini, kerana ia membantu anda untuk berjalan dengan lebih stabil
  3. High-Arched Feet (Kaki Melengkung)
    • Bentuk High-Arched Feet ini mempunyai lengkungan di antara ibu jari dengan tumit namun lengkungan pada bentuk kaki jenis ini adalah lebih besar dari kaki normal.
    • Pilih kasut yang berkusyen dengan tapak tengah yang lebih lembut dan fleksibel bagi keselesaan kaki anda sewaktu berjalan.
Bentuk dan saiz Kaki

*Nota: Untuk mengetahui bentuk kaki anda, rendamkan kaki anda dalam air buat seketika dan tekapkan pada sehelai kertas, lihat persamaan bentuk yang terhasil dengan gambar di bawah dan anda akan dapat mengenal pasti bentuk kaki anda.

Sumber: Dr. Katherine Coyner

Cara Ukur Saiz Kaki

1. Memakai Alat Pengukur Kaki

Cara paling mudah untuk ukur saiz anda dengan tepat adalah dengan menggunakan alat pengukur.

Alat ini boleh didapatkan melalui pembelian atas talian, sesetengah kedai kasut juga menyediakan alat ini bagi memudahkan anda untuk mencari kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki anda.

Dibawah merupakan contoh alat pengukur:

2. Menggunakan Kertas

Jika anda tidak mempunyai alat pengukur dan tidak berminat untuk membelinya, anda juga boleh mengukur saiz kaki dengan hanya menggunakan kertas, di bawah adalah cara mengukur menggunakan kertas dengan lebih terperinci:

  1. Ambil sehelai kertas kosong (Lekatkan ke lantai agar ia tidak mudah bergerak).
  2. Letakkan tapak kaki anda dan lukis kaki anda mengikut bentuk kaki di atas kertas tersebut.
  3. Tandakan panjang kaki (dari ibu jari ke hujung tumit) dan lebar tapak kaki anda.
  4. Ukur panjang dan lebar kaki anda menggunakan pembaris atau pita ukur.

Setelah mendapatkan ukuran kaki anda, lihat carta di bawah untuk menentukan saiz kasut anda:

 kanak-kanak
Saiz Kaki Kanak-Kanak

Jenis Saiz Kasut

Setelah mengetahui saiz kaki anda, anda juga perlu mengetahui jenis saiz kasut yang ingin dibeli kerana setiap ukuran saiz kasut berbeza mengikut negara.

Terdapat 7 sistem saiz kasut yang digunapakai di seluruh dunia, namun begitu yang selalu kita dengar terutamanya di Malaysia adalah saiz UK, USA, Europe, Cina, Australia dan Jepun.

Ukuran saiz kasut yang berbeza mengikut sistem negara ini boleh dilihat di bawah:

Diharapkan dengan bantuan artikel ini, anda dapat mencari kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki dan bentuk kaki anda.

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.