Untuk makluman, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kadar dividen kepada semua pendeposit (TH) untuk tahun 2023.
TH ialah sebuah institusi Islam atau sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit yang menyimpan di dalam institusi tersebut.
Sehingga kini, TH mempunyai sekitar 9 juta pendeposit dengan 123 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara.
Kadar Dividen Tabung Haji 2023
Pihak Tabung Haji telah pun mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2023 bagi tahun kewangan 2022 iaitu sebanyak 3.10% setahun dengan jumlah 2.65 Bilion.
Jumlah dividen pada tahun 2023 ini lebih tinggi berbanding RM2.46 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2022.
Cara Pengiraan Agihan Keuntungan / Dividen TH
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2023 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan.
Sebagai contoh pada 2022, dividen yang diumumkan adalah 3.10%.
Maka pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%
Pendeposit Yang Layak Menerim Dividen Tabung Haji
Pendeposit yang layak menerima dividen TH ini adalah:
- Akaun berstatus aktif pada 31 Disember 2023 dan kekal aktif semasa tarikh kredit agihan keuntungan dibuat.
- Membuka akaun pada atau sebelum 5 Disember 2023.
Namun, pendeposit berikut adalah tidak layak adalah untuk menerima dividen 2023 ini:
- Pendeposit dengan akaun tidak aktif dan berstatus dorman,
- Pendeposit dengan akaun yang ditutup sebelum tarikh agihan keuntungan dibuat.
- Pendeposit dengan akaun yang dibuka selepas 5 Disember 2022 (tidak cukup satu bulan penuh).
Untuk pengetahuan, akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi kewangan melebihi 7 tahun berturut-turut akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).
Semakan Pengkreditan Agihan Kewangan
Bagi pendeposit yang layak anda boleh melakukan semakan pengkreditan agihan kewangan TH bermula 29 April 2023 (Sabtu), pada jam 12 tengah hari
Semakan tersebut boleh dilakukan melalui cawangan TH, Bank Islam atau Bank Rakyat berdekatan anda. Anda juga boleh melakukan semakan melalui aplikasi Tabung Haji iaitu THiJari atau melalui aplikasi elektronik bank yang terlibat (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Bank dan Ambank).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai dividen 2023 TH, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/.